Liverpool terkedu di gelanggang sendiri apabila gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain dalam aksi berdepan dengan Arsenal – pada separuh akhir pertama Piala Carabao 2021/22.
Jurgen Klopp mendapat kembali khidmat pemain seperti Trent Alexander Arnold dan Alisson dalam perlawanan kali ini. Namun ketiadaan Sadio Mane dan Mohamed Salah benar benar dirasai dalam perlawanan ini.
Arsenal bermula dengan baik, memberikan persaingan kepada Liverpool. Skuad Jurgen Klopp tampil lebih dominan namun tidak cukup tajam di depan gol.
Malam Arsenal gelap seketika apabila Granit Xhaka dibuang padang pada minit ke-24 selepas melakukan terjahan ke atas Diogo Jota.
Ini adalah kali kelima Xhaka dibuang padang sejak menyertai Arsenal.
Granit Xhaka has been sent off for the fifth time since joining Arsenal 😬 pic.twitter.com/cZKBvB2lJK
— GOAL (@goal) January 13, 2022
Selepas Xhaka dibuang padang, Mikel Arteta memutuskan untuk bermain dengan sistem 5-3-1. Cuba bertahan sebawah yang boleh dengan menggunakan kelajuan Martinelli dan Saka untuk menyerang balas Liverpool.
Liverpool memiliki banyak peluang gol, sama ada menerusi permainan terbuka ataupun bola mati. Namun tidak satu pun yang masuk. Liverpool malah mencipta on target pertama mereka hanya beberapa minit sebelum wisel penamat.
😯 Liverpool didn't register a shot on target against Arsenal until the 91st-minute
🥴 Arsenal played more than an hour with 10 men… pic.twitter.com/t27ko9aigp
— WhoScored.com (@WhoScored) January 13, 2022
Takumi Minamino memiliki peluang keemasan pada minit akhir perlawanan. Namun dipersiakan oleh percubaan yang melambung tinggi.
Sebelum itu, Bukayo Saka hampir membuatkan Liverpool meratapi kekalahan. Ianya selepas Saka menerima hantaran Tierney dalam kotak penalti. Namun Alisson cemerlang menepis bola. Ianya momen terbaik untuk Arsenal dalam perlawanan ini.
Secara keseluruhan Liverpool melakukan 17 percubaan ke arah gol berbanding hanya 3 dari Arsenal. Kedua dua pasukan masing masing dengan hanya 1 on target.
Skuad Jurgen Klopp mendominasi 78% perlawanan berbanding hanya 22% oleh Arsenal.
Arsenal are the first side to stop Liverpool scoring in a game at Anfield across all competitions this season.
And they did it with 10-men for 71 minutes. 💪 pic.twitter.com/fjZxm4GtDm
— Squawka (@Squawka) January 13, 2022
Arsenal akan menjamu kunjungan Liverpool selepas ini dalam aksi kedua untuk menentukan siapakah yang akan ke Wembley menentang Chelsea dalam aksi final.