Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman memberi bayangan perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang melibatkan skuad Harimau Malaya bakal berlangsung di lokasi yang berbeza berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Baca Juga:
- 4 Sebab Stadium Sultan Ibrahim Patut Jadi Venue Harimau Malaysia Dalam Piala AFF 2022
- Piala AFF 2022 Mungkin Berlangsung Di Venue Alternatif
- Bola Rasmi Piala AFF 2022 Dinamakan Sebagai BERSATU
- Kepakaran Sains Sukan UM Bantu Tingkatkan Prestasi Harimau Malaya
Sebelum ini, pihaknya telah mencalonkan beberapa venue alternatif Harimau Malaya seperti Stadium Bola Sepak Cheras (Kuala Lumpur), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu), Stadium Hang Jebat (Melaka) dan Stadium Sultan Ibrahim (Johor).
Menurut Azman, FAM bakal memuktamadkan venue yang dipilih untuk Piala AFF 2022 dalam masa terdekat. Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan peringkat kumpulan menentang Laos pada 24 Disember dan Singapura pada 3 Januari 2022.
Selain itu, skuad Harimau Malaya juga bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan sebelum sepak mula Piala AFF 2022.
“Untuk venue AFF pada kali ini saya janji minggu ini, InsyaAllah hari selasa. Tetapi ada sikit lagi saya nak muktamadkan sehari dua lagi. Selewat lewatnya hari Sabtu kita akan umumkan.
“Kita juga ada dua perlawanan persahabatan di tempat sendiri pada 9 dan 14 Disember. Untuk tentatif perlawanan itu nanti, InsyaAllah ketua jurulatih (Kim Pan-gon) akan buat sidang media.
“Saya muktamadkan venue dahulu, perlawanan itu jurulatih akan maklumkan selewat-lewatnya Sabtu,” jelas Azman.
Another successful #AFFMitsubishiElectricCup2022 Trophy Tour and CSR Clinic event as we concluded our latest stop this weekend in Malaysia 🇲🇾
𝗧𝗵𝗮𝗻𝗸 𝘆𝗼𝘂 to all who turned up! 🙌#AFFMitsubishiElectricCup | #TogetherWeCanBuildBetter pic.twitter.com/QCtCuGfY9O
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) October 23, 2022
FAM terpaksa mencari venue alternatif kerana SNBJ menerima tempahan cukup padat pada hujung tahun ini sekaligus menyukarkan Harimau Malaya untuk beraksi gelanggang keramat tersebut.
Bagaimanapun, pemilihan venue berkenaan tidak mudah kerana beberapa kriteria perlu diambil kira oleh FAM termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu di negara.
“Keadaan monsoon pun kita ambil kira dalam pemilihan venue. Kriteria utama pemilihan venue, kalau ikut kapasiti, Stadium Nasional Bukit Jalil jadi pilihan tetapi kita ambil kira juga permukaan padang dan keselamatan,” katanya.
Dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, skuad Harimau Malaya akan berdepan dua pesaing utama, Vietnam dan Singapura dalam kumpulan B. Dua lagi pasukan yang melengkap kumpulan ini ialah Myanmar dan Laos.
Sementara itu Kumpulan A menempatkan juara bertahan Thailand bersama Filipina, Indonesia, Kemboja dan satu lagi pasukan, sama ada Brunei atau Timor-Leste yang akan ditentukan melalui perlawanan play-off. .
Kejohanan AFF edisi 2022 bermula pada 23 Disember, lima hari selepas Piala Dunia FIFA akan datang di Qatar berakhir, memberikan aksi bola sepak berterusan untuk peminat bola sepak Asia Tenggara.