Skuad kebangsaan Thailand dinobatkan sebagai juara Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 buat kali ketujuh berturut-turut apabila menewaskan Vietnam 1-0 di perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Thammasat hari ini.
Baca Juga:
- AFF Terima Aduan Rasmi Mengenai Dakwaan Pembantu Jurulatih Thailand Biadap
- Analisis: Fluiditi Thailand vs Malaysia Yang Gugup
- Thailand vs Malaysia: Changsuek Leburkan Impian Final Harimau Malaya
Menerusi aggregat 3-2, Thailand sekaligus mengulangi pencapaian pada tahun lepas ketika saingan dijalankan secara format karnival di Singapura selepas menewaskan Indonesia.
Dalam perlawanan akhir itu, Theerathon Bunmathan muncul sebagai wira apabila merembat masuk gol pertama dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam pada minit ke 24.
THEERATHON WITH THE SIIIIIIIIUUUUUUU#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #THAvVIE pic.twitter.com/dQUmuONHss
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Tersentak dengan jaringan tersebut, Vietnam yang beraksi tanpa menurunkan pemain tengah, Nguyen Quang Hai dalam kesebelasan utama cuba bangkit namun mereka jelas berdepan masalah untuk menembusi benteng pertahanan tuan rumah yang beraksi dengan cukup berdisiplin.
Brazino 777 telah memantapkan dirinya sebagai merek terkenal di dunia permainan virtual di Brasil. Menawarkan variasi eklektik yang mencakup slot dan berbagai permainan meja, ia memiliki kekuatan untuk memikat pemain dari semua tingkatan. Artikel ini akan menguraikan proses akses di platform, menggarisbawahi aksesibilitas dan protokol keamanan yang diadopsi.
Tidak banyak percubaan berbahaya berjaya dilakukan oleh jentera tengah Vietnam dan perlawanan kali ini menjadi milik Thailand dengan penguasaan bola lebih 70 peratus.
๐๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ฃ ๐ ๐ข ๐ก ๐ฆ ๐๐
๐น๐ญ Thailand make it #AFFMitsubishiElectricCup number 7๏ธโฃ!#BeTheGameChanger pic.twitter.com/PJLonvDDWA
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Terdapat juga insiden kekerasan berlaku dan beberapa layangan kad kuning sepanjang perlawanan. Thailand akhirnya terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain pada minit akhir perlawanan selepas Peeradon Chamratsamee dilayangkan kad merah.
Namun ia tidak cukup memberikan banyak masa kepada Vietnam untuk bangkit mencari jaringan penyamaan dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Ini juga merupakan perlawanan terakhir Park Hang Seo sebagai ketua jurulatih Vietnam dan beliau akan diingati sebagai antara jurulatih yang paling berjaya dalam bola sepak Asia Tenggara.