Perjalanan skuad Thailand ke Stadium Gelora Bung Karno tidak begitu berjalan lancar apabila bas yang dinaiki oleh mereka diserang oleh puluhan penyokong Indonesia sebelum sepak mula perlawanan.
Menerusi rakaman video dan gambar yang dikongsi oleh beberapa laman bola sepak Thailand di media sosial menunjukkan cermin bas pasukan tersebut telah pecah dipercayai dibaling batu oleh para penyokong fanatik Indonesia.
First game with public after the tragedy in Malang! Where is the security?! pic.twitter.com/Nb2qjBjXaY
— Luís Viegas (@luisviegasfoot) December 29, 2022
Walaupun bas tersebut bergerak dengan kawalan keselamatan oleh pihak polis, namun segelintir penyokong Indonesia masih mengerumuni sekelilingnya sambil melakukan provokasi dan menunjukkan jari tengah.
Insiden tersebut tersebut turut dikritik hebat oleh para peminat bola sepak Asia Tenggara dan mereka menyifatkan penyokong Indonesia masih tidak berubah selepas tragedi di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober lalu.
— Thai League Central (@TL_Central) December 29, 2022
Bagaimanapun, insiden tersebut turut memberikan imej buruk kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) dan ramai peminat berpendapat negara itu tidak sesuai menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa memandangkan mereka adalah penganjur Piala Dunia B-20.
Please ban @PSSI from hosting FIFA U-20 World Cup @FIFAcom. It's simply not safe at all. https://t.co/3VfhWbKBlx
— Faiz (@faizfadzil) December 29, 2022
Setakat artikel ini ditulis, belum ada laporan mengenai kecederaan yang menimpa pemain dan pegawai pasukan Thailand namun apa yang lebih membimbangkan ialah keselamatan skuad Gajah Perang selepas perlawanan berakhir.