Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee menganggap tiada yang mustahil untuk pasukannya menjadi juara Piala AFC berdasarkan rekod terdahulu kelab dari Malaysia.

JDT berjaya melakukannya pada 2015 menjadi Juara Piala AFC dan kemudian Kuala Lumpur menjadi naib juara Piala AFC edisi 2022 yang lalu.

Kuala Lumpur di bawah kendalian Bojan Hodak berjaya mengungguli peringkat serantau dan mara ke grand final Piala AFC dan tewas di tangan Al Seeb.

Namun kisah itu turut menjadi motivasi untuk Sabah dalam mengharungi kempen Piala AFC kali ini.

Beliau menegaskan ia lebih kepada keinginan dan bukannya sasaran mutlak. Kerana dalam perjuangan di Piala AFC mereka harus ada objektif jelas.

Bercakap kepada wartawan selepas undian peringkat kumpulan Piala AFC 2023, Datuk Ong Kim Swee berkata: “Kita ingin menjadikan JDT sebagai inspirasi ingin menjadi juara.”

“Dan saya ingin menjadikan satu kepercayaan untuk para pemain. Di mana pasukan Kuala Lumpur juga boleh mara ke perlawanan akhiar [Piala AFC].”

“Saya rasa, kita tidak meletakkan sasaran [untuk menjadi juara] tetapi kita harus mempunyai objektif. Dan bagi saya, layak ke peringkat seterusnya akan memberikan impak yang berbeza untuk Sabah melalui perlawanan liga dan Piala Malaysia selepas ini.”

Datuk Ong Kim Swee berbangga dengan pencapaian pasukan Sabah melakukan debut pada Piala AFC.

Beliau memberikan kredit kepada penyokong penyokong Sabah yang setia.

“Memiliki penyokong sejati dan setia di belakang pasukan Sabah, itu penting untuk kita mengharungi peringkat Piala AFC ini,” tambah bekas pengendali skuad kebangsaan itu lagi.

Bercakap tentang kualiti skuad yang ada. Ong Kim Swee berkata, dia yakin Sabah memiliki squad depth yang cukup untuk mengharungi jadual padat selepas ini.

Selain daripada pasukan Sabah, satu lagi wakil dari Malaysia adalah Terengganu FC yang turut akan mengharungi Piala AFC 2023/24.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada wakil Malaysia di Piala AFC.