Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt terkejut apabila Malaysia gagal menewaskan pasukannya yang tidak dapat menurunkan 15 pemain utama dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 baru-baru ini.
Baca Juga:
- Petar Šegrt: Aksi Menentang Malaysia Pemanas Badan Sebelum Ke Piala Asia
- Malaysia vs Tajikistan: Kim Pan-gon Beri Teguran Kepada Petar Šegrt
- Analisis Vocket: Tajikistan Dedahkan Kelemahan Malaysia
Sebelum perlawanan, Petar menjelaskan bahawa beliau tidak dapat membawa seramai 15 pemain utama kerana beberapa isu dan menggantikan mereka dengan pemain muda.
Perkara ini membuatkan jurulatih dari Croatia itu merasakan Malaysia adalah pasukan yang lebih kuat daripada Tajikistan, lebih-lebih lagi selepas menewaskan India pada perlawanan sebelumnya.
Analisis Vocket: Tajikistan Dedahkan Kelemahan Malaysiahttps://t.co/C5anfgvGBr
— VOCKET FC (@vocketfc) October 18, 2023
“Sudah pasti ada perbezaan ketika kami bertemu Malaysia pada perlawanan akhir Piala Raja Thai tahun lalu. Pada perlawanan ini (semalam), Malaysia mempunyai banyak peluang dan mereka sepatutnya memanfaatkan perkara itu.
“Akan tetapi itu tidak cukup untuk menewaskan kami yang mungkin turun sebagai satu pasukan yang menggunakan skuad simpanan atau skuad B-21 Tahun. Perkara ini memang mengejutkan saya,” kata Petar Segrt ketika sidang media selepas perlawanan.
Pada masa yang sama, Petar menganggap perlawanan bertemu Malaysia hanyalah sebagai aksi pemanas badan sebelum pasukannya memulakan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan juga Piala Asia 2023 pada Januari tahun hadapan.
“Maafkan saya kerana berkata seperti ini, hari ini (semalam) hanyalah aksi pemanas badan untuk kami menjelang Piala Asia 2023.
“Ini kerana bagi Tajikistan, Piala Asia 2023 adalah sangat penting bagi kami, selain kelayakan Piala Dunia. Akan tetapi, saya juga gembira kerana dapat memenangi piala ini (Pestabola Merdeka),” tambahnya.
Tajikistan muncul sebagai pemenang Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan pasukan negara dengan keputusan 2-0 hasil jaringan daripada Rustam Soirov pada separuh masa pertama dan Shahrom Samiev pada separuh masa kedua.
Kekalahan semalam merupakan merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara ketika berdepan Tajikistan yang turut menggagalkan impian Malaysia untuk menjuarai Thailand King’s Cup 2022.