Pengendali skuad bawah 18 tahun negara, Brad Maloney menjangkakan Malaysia akan berdepan cabaran sukar pada pertemuan menentang Australia pada saingan peringkat kumpuan B Kejohanan AFF Bawah 18 Tahun petang ini.
Menurut Brad yang berasal dari Australia, pasukan lawan mempunyai kekuatan yang tersendiri dimana mereka ketika ini mengunggulu carta kumpulan B dan akan dibarisi oleh pemain yang beraksi dalam saingan liga domestik, A-League serta pemain yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Brad berkata: “Ia akan menjadi aksi yang sangat sukar buat kami namun pendekatan sama bakal digunakan seperti dua perlawanan sebelum ini,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Australia dibimbing oleh bekas pemain skuad kebangsaan pasukan itu, Gary van Egmond memiliki dibarisi oleh beberapa pemain yang beraksi bersama kelab A-League seperti anak kepada legenda pasukan Australia, Tony Popovich iaitu Kristian Popovich (Perth Glory), Lachlan Brook (Adelaide United), Marco Tilio (Sydney FC) serta penjaga gol yang beraksi bersama akademi Burnley, Kai Calderbank.
Pada masa yang sama, Brad Maloney memuji persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya ketika pertemuan menentang Kemboja pada Ahad lalu dimana Malaysia mencatat kemenangan 3-0. Brad menganggap terdapat peningkatan yang ditampilkan oleh pemain pada perlawanan tersebut dan secara keseluruhan beliau berpuas hati.
Kemenangan ke atas Kemboja membolehkan skuad B-18 negara kini berada di tempat kedua di belakang Australia. Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B akan menempah slot ke separuh akhir Kejohanan AFF B-18 edisi kali ini.
Untuk rekod, tahun lalu Malaysia dibawah bimbingan Bojan Hodak muncul juara selepas menumpaskan pasukan Myanmar dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Surabaya.