Kelab Indonesia, Persib Bandung dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap negara, Safawi Rasid yang ketika ini beraksi di Thailand.

Baca Juga:

Menurut laporan media tempatan, Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat, Teddy Tjahjono memberikan tanggapan mengenai khabar angin yang mengatakan kelabnya berminat dengan Safawi Rasid.

Teddy enggan menjawap sama ada khabar angin tersebut betul dan beliau juga tidak menafikan khabar tersebut sekaligus memberikan tanggapan bahawa Persib sememangnya mahu mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya tak tahu (mengenai Safawi). Tapi tunggu saja pengumuman dari pihak kelab, kata Teddy.

Sebelum ini, peminat bola sepak tanah air berharap agar Safawi Rasid dapat beraksi dalam saingan Liga Korea dalam masa terdekat.

Harapn ini muncul selepas Safawi bergambar dengan ejen bekas ketua jurulatih TRW Kelantan, Choi Moon-sik iaitu Myeongho Jeong ketika lawatan ejen itu ke Thailand.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menegaskan beliau masih berhubung dengan Safawi Rasid dan merasakan pemain itu tidak begitu selesa di Thailand.

“Safawi ada berhubung dengan saya. Saya rasa dia tak begitu selesa di sana. Kita tengok macam mana kerana yang nak pergi loan bukan saya yang hantar dia. Dia yang nak pergi sendiri.

“Kami hanya memberi kerjasama kepada beliau dimana dia nak dapat lebih banyak permainan dan kami beri itu semua. Buat masa ini masih belum ada kata putus sama ada dia nak balik ataupun tidak.

“Saya tahu dia kurang selesa di sana. Ada ura-ura yang mengatakan Safawi Rasid nak balik sini (JDT). Tetapi tengok dulu. Saya pun belum membuat keputusan,” kata TMJ.

Satu lagi kelab Liga Malaysia iaitu Terengganu juga berminat untuk membawa pulang Safawi bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi baki saingan musim 2023.