Persatuan Pemain Profesional Perancis (UNFP) mengancam akan mengambil tindakan saman perundangan ke atas PSG jika kelab itu meneruskan hasrat mahu ‘membekukan’ Kylian Mbappe pada musim 2023/24 hanya kerana pemain itu enggan melanjutkan kontrak.
Baca Juga:
- Konflik Di PSG: Luis Enrique Diarahkan Tidak Menurunkan Mbappe Jika Dia Kekal Musim Ini
- Diketepikan Daripada Skuad Ke Jepun, PSG Sedia Jual Kylian Mbappe
- Mbappe Bukan Lagi Pemain Dengan Nilai Tertinggi Di Dunia
Tindakan itu dianggap satu penindasan ke atas pekerja dilakukan oleh majikan.
PSG dilaporkan telah mengarahkan Luis Enrique untuk tidak menjadikan Kylian Mbappe sebagai pemain simpanan mati untuk kelab itu pada musim 2023/24 jika dia tidak mahu melanjutkan kontrak baharu atau berpindah ke kelab lain.
PSG mengesyaki Mbappe sengaja mahu kekal setahun lagi dan pergi secara percuma ke Real Madrid pada musim hadapan.
Luis Enrique dilaporkan tidak hidup setuju dengan arahan itu. Dan berharap agar kelab dapat mencari solusi segera ke atas masalah itu.
Hal ini kerana Enrique mahu menggunakan pasukan terkuatnya pada musim hadapan. Dan Mbappe merupakan pemain terbaik di Ligue 1 pada masa ini.
Kylian Mbappe turut dinafikan haknya untuk terlibat dalam pra musim di Asia oleh PSG kerana dia enggan melanjutkan kontrak baharu dengan PSG.
Kini Persatuan Pemain Perancis mahu saman PSG kerana layanan buruk mereka ke atas Mbappe.
UNFP menyelar polisi kelab ke atas Mbappe, kerana sudah menjadi lumrah untuk pemain tidak mahu melanjutkan kontrak dan mereka masih berhak bermain seperti biasa sehingga kontrak mereka berakhir.
UNFP juga mengingatkan PSG bahawa kontrak tersebut dipersetujui di antara pemain dan kelab sebelum ini. Kedua dua pihak harus menghormatinya. Selagi lagi pemain tidak melanggar sebarang terma dan syarat dalam kontrak.
UNFP juga menganggap tindakan PSG ini melanggar undang undang kerja di Perancis. Apabila kelab mewujudkan suasana tidak kondusif kepada pekerja mereka. Dalam kes ini ianya melibatkan Kylian Mbappe.
The France Players' Union have released a statement in response to PSG's treatment of Kylian Mbappe, stating that the UNFP reserves the right to take 'civil and criminal action against any club that behaves this way' 📄 pic.twitter.com/Z0EATEa5F7
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 22, 2023
UNFP turut mengingatkan Luis Enrique yang bertindak sebagai pengurus PSG, bahawa dia harus melayan Mbappe sama seperti pemain lain. Agak ironi, kerana Relevo melaporkan bahawa Enrique sendiri berkonflik pendapat tentang isu Mbappe ini.