Setelah tidak mendapat izin daripada pihak polis Jawa Barat, pertembungan El Clasico Indonesia antara Persib Bandung menentang Persija Jakarta akan diadakan di satu venue berkecuali iaitu di Bali.
Perkara ini disahkan oleh pihak Persib dimana pihak polis daerah Bali telah mengeluarkan surat izin bagi mengadakan perlawanan di Stadium Kapten I Wayan Dipta pada 28 Oktober ini.
Pada mulanya, Persib mahu perlawanan tersebut diadakan di Bandung namun pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan kerana mengambil kira aspek keselamatan berdasarkan kejadian yang berlaku sebelum ini.
“Berhubung perkara ini, Setiausaha Agung PT Bali Bintang Sejahtera telah menghantar surat meminta izin agar perlawanan diadakan di Bali. Polis Daerah (Polda) Bali tidak keberatan untuk perlawanan tersebut diadakan di Bali,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persib.
Bali dipilih sebagai venue setelah mengambil kira beberapa aspek dan Stadium Kapten I Wayan Dipta juya dianggap mempunyai kemampuan untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan besar.
Namun, demi menjaga keselamatan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku, Polda Bali mengarahkan tuan rumah hanya dibenarkan menjual sebanyak 10 ribu tiket sahaja.
Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Persib Bandung menentang Persija Jakarta yang telah kami sediakan di sini:
Perlawanan Persib Menentang Persija Di Bandung Tidak Dapat Kelulusan Polis Tempatan
Robert Alberts Mahu Perlawanan Persib Bandung Menentang Persija Jakarta Dilangsungkan Di Malaysia