Perlawanan yang paling gila dan epik dalam sejarah Piala Malaysia !!
Itulah situasi yang dapat menggambarkan aksi separuh akhir kedua diantara Pahang menentang Kedah di Stadium Darul Makmur yang berakhir dengan rekod jaringan 16 gol secara aggregat iaitu 3-3 di Alor Star dan 5-5 di Kuantan.
Ia adalah pengakhiran yang menyakitkan bagi skuad tok gajah pada musim ini walaupun sudah memberikan segala-galanya namun tetap gagal mara ke pentas final kerana peraturan “away goal” lebih memihak kepada Kedah selepas terikat 5-5 dalam tempoh 120 minit perlawanan.
Kedua-dua pasukan memberikan tentangan sengit sejak di separuh masa pertama apabila Fernando Rodriguez terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke 8.
8'| GOL RODRIGUEZ!
Fernando Rodriguez membuka jaringan di Kuantan selepas umpanan Baddrol Bakhtiar tepat menemui beliau!@OfficialPahang 0-1 @official_kfa (AGG 3-4)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/tbl3nMSbDK
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang kembali memperkemaskan corak permainan dan memperolehi peluang terbaik melalui percubaan Wan Zaharulnizam dan rembatan kencang Lazarus Kaimbi tetapi tersasar.
Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Dickson Nwakaeme berjaya menyamakan kedudukan dengan melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti sehingga hanya mampu diperhatikan oleh Ifwat Akmal.
33'| GOL DICKSON!
Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan di Kuantan selepas rembatan cantik beliau hanya mampu diperhatikan Ifwat Akmal!@OfficialPahang 1-1 @official_kfa
(AGG 4-4)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/camyYDUkir— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Memasuki separuh masa kedua, Pahang lebih mendominasi perlawanan dengan beberapa hantaran berbahaya sehingga memaksa pemain pertahanan Kedah bekerja keras.
Namun, tuah memihak kepada pasukan pelawat apabila hantaran daripada Zaquan Adha menemui Jonathan Bauman serta gagal dikeluarkan dengan baik oleh Zubir Azmi lalu merembat ke arah pintu gol untuk menjadikan kedudukan kepada 1-2.
54'| GOL BAUMAN!
Jonatan Bauman kembali meletakkan Kedah dihadapan selepas menerima umpanan dari Zaquan Adha!@OfficialPahang 1-2 @official_kfa (AGG 4-5)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/pgxtLdHEQW
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Bagaimanapun, jaringan tersebut ternyata tidak melemahkan semangat tok gajah untuk terus memburu jaringan kemenangan dan mereka berjaya menambah dua gol pada minit 71 dan 76 menerusi Lazarus Kaimbi untuk menjadikan kedudukan memihak kepada tuan rumah, 3-2.
76'| GOL KAIMBI!
Lazarus Kaimbi sekali lagi meletakkan Pahang dihadapan selepas menyudahkan umpanan cantik Dickson Nwakaeme, kelebihan dari segi agregat buat mereka!@OfficialPahang 3-2 @official_kfa (6-5)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/Azm1W4dNgz
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Ketika Pahang berpeluang untuk melangkah ke perlawanan akhir apabila hanya berbaki 5 minit lagi untuk ditamatkan, Stadium Darul Makmur secara tiba-tiba senyap selepas Baddrol Bakhtiar kembali menyamakan kedudukan kepada 3-3 melalui sepakan percuma.
Ia adalah jaringan yang kontroversi kerana pemain Pahang mendakwa bola tersebut belum masuk sepenuhnya tetapi tetap dibenarkan oleh pengadil, Suhaimi Mat Hassan, pada minit ke-85 membolehkan Kedah membawa permainan ke masa tambahan.
85'| | GOL BADDROL!
Bertambah rancak di Kuantan apabila giliran Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan buat Hijau Kuning!
2 perlawanan 12 gol buat #PHGKED!@OfficialPahang 3-3 @official_kfa (AGG 6-6)#PialaMalaysia2019#MFLLive pic.twitter.com/muHVKst1Yf
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Aksi kian memuncak dalam 15 minit pertama masa tambahan apabila hanya tiga minit diperlukan Renan Alves untuk meletakkan Kedah mengatasi kelebihan jaringan laman lawan yang dimiliki Pahang sebelum Herold Goulon kembali menghidupkan perjuangan skuad Tok Gajah itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-114.
Rodriguez kemudian kembali meletakkan Pahang di ranjau berliku dengan jaringannya pada minit ke-118 sebelum Nwakaeme meraikan gol sagu hatinya pada penghujung aksi sekaligus melengkapkan rekod 10 gol untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur.
118 ET'| GOL RODRIGUEZ!
Gol ke-9 malam ini di Kuantan selepas Fernando Rodriguez menjadi pemusnah Tok Gajah! Kedah kembali mendahului!@OfficialPahang 4-5 @official_kfa (AGG 7-8)#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGKED pic.twitter.com/YQ6Tfw5oYa
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Keputusan itu juga bermakna Kedah akan bertemu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pada 2 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
16 gol yang dijaringkan oleh Pahang dan Kedah dalam perlawanan timbal balik ini merupakan rekod jaringan secara aggregat tertinggi dalam Piala Malaysia sejak format ‘home & away’ diperkenalkan dalam pusingan kalah mati pada tahun 1959.
Ia mengatasi rekod 15 gol pada perlawanan di antara Pulau Pinang menentang Kelantan pada tahun 1962.
Lihat artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia 2019 melalui pautan di bawah.
Piala Malaysia 2019: Lebih 50,000 Tiket Perlawanan Selangor Menentang JDT Berjaya Dijual
Piala Malaysia 2019: Wan Jamak Lebih Suka Lihat JDT Menentang Pahang Di Final