Kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jelas menjadi tajuk utama dalam saingan Pestabola Merdeka 2023 meskipun Malaysia berjaya menundukkan India pada aksi yang berlangsung malam tadi.
Baca Juga:
- TMJ Berikan Komen Mengenai Padang Baharu SNBJ
- TMJ Rasmi Padang Baharu Jenis Zeon Zoysia Di SNBJ
- Lebih 30,000 Penyokong Harimau Malaya Banjiri SNBJ Esok
Sehubungan dengan itu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tampil memberikan penjelasan berikutan keadaaan beberapa kawasan permukaan padang SNBJ yang jelas sangat mengecewakan.
Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan PSM sebentar tadi, keadaan tersebut berlaku kerana kurang menerima pencahayaan matahari.
Melihatkan kepada keadaan yang jelas menjadi perbualan hangat pada ketika ini, PSM turut memberi jaminan bahawa masalah tersebut akan diselesaikan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia.
“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedia maklum keadaan padang di beberapa tompok bertentangan “grandstand” yang kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah dikawasan tersebut. Namun, perkara ini tidak seharusnya berlaku.”
“PSM telah menggunakan “grow light” bagi merangsang pertumbuhan rumput di sekitar kawasan tompokan itu. Namun, ia tetap tidak sama dengan keupayaan sinaran matahari semula jadi.”
“Walau bagaimanapun, PSM yakin perkara tersebut akan diatasi dan tompokan tertentu di padang Stadium Nasional Bukit Jalil bakal pulih sepenuhnya menjelang Kelayakan Piala Dunia.”
“Untuk makluman, standard tempoh masa penyediaan secara rapi rumput padang seharusnya mengambil masa 12 bulan untuk keseluruhan proses siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak PSM hanya mempunyai tempoh 8 bulan.”
“Keadaan hujan sepanjang minggu lepas juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu. Disebalik beberapa tompokan rumput yang tercabut, PSM berpuas hati dengan keupayaan sistem perparitan baharu dan kemajuan dalam padang tersebut.”
Kelayakan Piala Dunia 2026 dijadualkan bermula pada 16 November yang menyaksikan Malaysia bakal melayani kunjungan Kyrgyzstan.