Mbappe berjaya menjaringkan 2 gol dalam aksi kedua peringkat kumpulan D Piala Dunia 2022. Sekaligus membantu juara bertahan Perancis untuk mencipta satu lagi kemenangan dan mara ke pusingan kalah mati.

Baca Juga:

Perancis meneruskan rentak kemenangan dalam Piala Dunia 2022. Kali ini Denmark menjadi mangsa mereka. Sebelum ini juara bertahan itu menang ke atas Australia.

Walaupun pada kedudukan jaringan, Perancis hanya menang 2-1. Namun hakitatnya Perancis bermain dengan luar biasa dengan deretan ciptaan peluang mereka ada.

21 percubaan ditujukan ke gawang Denmark dengan 7 percubaan tepat. Denmark diberikan sedikit harapan untuk membuat kejutan apabila sempat mengikat juara bertahan menerusi jaringan Andreas Christensen pada minit ke-68.

7 minit selepas gol pembukaan oleh Kylian Mbappe.

Namun kira kira 4 minit sebelum masa penuh, Mbappe melakukan aksi genius dengan serangan balas pantas dan menjadikan kedudukan 2-1.

Denmark tidak berdaya untuk membalas gol tersebut.

Mbappe meneruskan rekod cemerlangnya di pentas Piala Dunia. Pernah membantu negaranya menjulang Piala Dunia pada usianya 19 tahun ketika itu.

Dan kini Mbappe baru berusia 23 tahun, terus menjadi nadi utama pasukan negaranya. Terutama sekali ketika mereka kehilangan khidmat pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema.

Dengan 2 gol Mbappe dalam perlawanan ini, bermakna bintang terkenal PSG itu berjaya mengatasi rekod gol Piala Dunia milik Thierry Henry.

Perancis masih menunjukkan kepada dunia bahawa mereka masih pasukan pilihan. Walaupun mereka hadir ke edisi Piala Dunia 2022 dengan ramai pemain bintang yang cedera.

Bagi Denmark kekalahan ini bermakna, mereka benar benar dalam laluan sukar untuk layak ke pusingan kalah mati. Kegagalan mereka menewaskan Tunisia pada perlawanan pembukaan ternyata memberikan kesulitan buat mereka.

Namun mereka masih harus berasa lega kerana masih boleh menentukan sendiri nasib mereka dalam kempen kali ini. Kerana perlawanan terakhir peringkat kumpulan, mereka akan berdepan dengan Australia.

Australia berjaya memenangi satu lagi aksi untuk perlawanan kedua kumpulan, dengan menewaskan Tunisia.