Pep Guardiola membuat perbandingan antara kelemahan pasukannya di UCL dengan kerjaya Jack Nicklaus dan Michael Jordan.
Baca Juga:
- Liverpool vs Arsenal: The Reds Bangkit Ikat The Gunners Di Anfield
- Manchester United vs Everton: Red Devils Cemerlang, Marcus Rashford Cedera
- Man City vs Liverpool: Jack Grealish Arkitek Kebangkitan City
Menjelang pertembungan aksi tumpuan Man City menentang Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Pep Guardiola telah bercakap mengenai pengalaman Man City dalam pertandingan Eropah dan ketidakmampuan mereka untuk memenanginya setakat ini.
Pada era Guardiola mereka mendominasi pertandingan domestik di England. Namun masih gagal memenangi UCL walaupun sudah banyak berbelanja.
Guardiola membuat perbandingan kegagalan City di peringkat Eropah dengan kerjaya Nicklaus dan Jordan dalam sukan masing-masing.
Dia juga menyentuh mengenai jangkaan orang luar yang terlalu tinggi terhadap Man City.
Guardiola berkata: “Kami mencuba musim lalu, musim sebelumnya, kami mencuba tiga musim lalu, setiap musim tetapi ada pasukan yang anda hadapi juga bagus dan mereka mahu menang.”
“Saya suka berada di Liga Perdana Inggeris, di mana kita berada, saya suka berada di Piala FA dan di separuh akhir dan berada di sini semula. Itulah impian saya, untuk hidup semula.”
“Untuk berada di sini di hadapan anda dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.”
“Semalam, ia adalah Masters,” tambahnya.
“Berapa banyak Masters yang pernah dimainkan oleh Jack Nicklaus atau major yang pernah dimainkannya dalam kerjayanya?”
“Dalam 30 atau 40 tahun sebagai pemain golf dengan 4 major? Berapa banyak kemenangan daripada 130? Lapan belas kemenangan daripada 130.”
“Wow. Dia kalah lebih daripada dia menang. Itulah sukan.”
Seterusnya Pep Guardiola turut memetik nama Michael Jordan di dalam kenyataan medianya.
“Dalam bola sepak, dalam golf, dalam bola keranjang, Michael Jordan atlet terbaik untuk saya dalam bola keranjang, memenangi enam gelaran NBA daripada 16 tahun. Dia kalah lebih daripada dia menang.”
Guardiola juga bercakap mengenai jangkaan beliau daripada perlawanan pertama menentang Bayern Munich.
“Semua perlawanan sangat sukar. Apa yang penting ialah berada di sini, bersaing dengan baik, melakukan yang terbaik, mengetahui bahawa kami perlu sempurna untuk cuba mendapatkan keputusan yang baik untuk pergi ke Jerman [untuk perlawanan kedua].”
“Tidak lebih dari itu.”
“Saya menjalankan profesion saya dengan cara itu. Selepas itu jika saya kalah saya kalah. Saya tidak sempurna.”
Journo: How much do you want to win Champions League
Pep “A lot but in football, in sports you you lose more than win. Jack Nicklaus won 18 out of over 130 golf majors, Jordan won only 6 NBA titles in 16 years. He lost more than winning, that is sports”pic.twitter.com/Ig1RhNFkqP
— The Pep (@GuardiolaTweets) April 10, 2023
“Saya tidak bagus. Apa yang penting kami masih ada, dan masih kekal selepas memenangi apa yang kami menangi musim lalu.
“Tetapi itu adalah pujian terbesar saya yang boleh saya berikan sebagai satu pasukan sebagai organisasi, dan kami masih di berada di sana untuk bersaing.”
Anak buah Guardiola akan menentang Bayern Munich pimpinan Thomas Tuchel pada suku akhir UCL.