Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) semalam mengumumkan Syukor Burger sebagai Rakan Rasmi pasukan itu musim 2023 dengan tajaan bernilai RM50,000.
Baca Juga:
- Dilengkapi Padang Bola Sepak, Limak Arcadia Sport Resort Lokasi Penginapan Kedah Di Turkiye
- Kedah Bakal Memiliki Fasiliti Lengkap Di Suka Menanti
- Faktor Nafuzi Dorong Wan Amirul Afiq Ke Kedah
Syukor Burger antara nama besar dalam sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F & B). Mereka mula mencipta nama dalam perniagaan F & B sejak pandemik menyerang negara.
Walaupun mula bertapak dalam bidang pengeluar makanan dibawah nama Syukor Dagang Sdn. Bhd., nama Syukor Burger mula menjadi tumpuan selepas membuka beberapa cawangan makanan segera dan pandu lalu dari syarikat tempatan.
Berani dan ke hadapan dalam merevolusikan jenama Syukor Burger, suntingan dari Unit Pemasaran KDA FC menarik pemilik syarikat tersebut, Syukor Majid untuk bekerjasama sebagai Rakan Rasmi KDA FC Musim 2023.
“Syukor Burger bersetuju untuk menyumbang nilai keseluruhan RM50,000.00 berbentuk tunai dan barangan disamping menawarkan pengalaman baru buat semua penyokong Sang Kenari sepanjang musim ini di dalam Stadium Darul Aman melalui projek usahama KDAlicious dan Syukor Burger di musim 2023,” tulis kenyataan rasmi.
SYUKOR BURGER RINTIS KERJASAMA DENGAN KDA FC, CIPTA PERSEPSI BURGER PREMIUM DI STADIUM DARUL AMAN
Dengan tawaran menarik pakej makanan dan minuman keluaran Syukor Burger, penyokong akan menikmati kelazatan burger stadium sebenar dan KDA FC adalah rakan niaga seumpamanya. pic.twitter.com/fA1FH4cdaJ
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 30, 2023
Apa yang sering menjadi perbincangan hangat setiap kali menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium bukanlah berkisar tentang prestasi pasukan sebaliknya makanan yang dijual seperti burger untuk mengisi perut.
Masalah yang sering dihadapi oleh para penyokong ialah burger yang dijual tidak setimpal dengan harga mahal kerana kurang isi sayur-sayuran dan hanya letak sedikit sos.
Dengan tawaran menarik pakej makanan dan minuman keluaran Syukor Burger, penyokong Kedah akan menikmati kelazatan burger stadium sebenar dan KDA FC adalah rakan niaga seumpamanya dalam struktur pemasaran kelab bolasepak di Malaysia.
Ini adalah langkah pertama dalam mewujudkan sektor F & B di KDA FC dan cabang perniagaan ini adalah antara sumbangan terbesar kepada kelab selain penjualan tiket perlawanan.