Beberapa hari menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan A kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 akan berlangsung dan Malaysia wajib menang untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir edisi kali ini.
Pujian harus diberikan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berjaya meluaskan saluran penjualan tiket terutama melalui ‘outlet’ sukan Al-Ikhsan Sports terpilih, Football Republic, atau secara online melalui TicketHotline.my dan perlu ditebus untuk mendapatkan tiket asal.
Sistem Penebusan Tiket Online Yang Tidak Mesra Pengguna
Pembelian tiket secara online jelas disambut baik oleh penyokong yang lebih selesa menggunakan kemajuan teknologi bagi mendapatkan tiket yang jelas menjimatkan masa dan tenaga.
Dari perspektif saluran jualan ia sudah memuaskan hati pengguna, tetapi tiket tersebut perlu ditebus untuk mendapatkan tiket asal di kaunter penebusan.
Betul tu..nak radeem balik ni umpama beratur beli tiket balik
— syz (@IIzusyah) November 19, 2018
Ada pengguna yang menyatakan bahawa proses penebusan ini juga adalah satu benda yang ‘leceh’ kerana perlu beratur untuk menebus tiket dan proses ini tidak ubah seperti beratur membeli tiket secara konvensional, cuma tiket sudah pun menjadi milik pembeli.
Ada juga pembeli yang mempersoalkan kenapa TicketHotline sebagai penjual secara online tidak mengeluarkan tiket yang mempunyai Bar/QR Code dan tidak perlu ditebus sebelum memasuki stadium.
Penggunaan teknologi seperti ini mesra pengguna dan dapat menjimatkan masa serta tenaga pembeli. Ada juga komen yang menyatakan bahawa mereka telah membayar ‘convenience fee’ dan layak untuk menerima kemudahan seperti itu.
Patut pakai @Stubapp
Tak perlu redeem tiket. Boleh scan barcode je.— F I Q 🇲🇾 ❤️💛 (@MarkFiq_) November 19, 2018
Selain itu, bilangan kaunter penebusan tiket yang terhad juga menjadi topik perbualan para pembeli yang rata-rata mengatakan bahawa sepatutnya kaunter penebusan tiket perlu dibuka disetiap pintu masuk untuk mengurangkan kesesakan.
Nak tebus ticket online jauh gila kat gate E std bkt jalil. Patutnya buat la satu counter kat setiap gate.
— Pujal/ڤوجال (@PujalAkhlaken) November 19, 2018
Ada juga yang membandingkan TicketHotline dengan sebuah lagi aplikasi jualan tiket secara online – StubApp yang telah menggunakan sistem Bar/QR Code untuk tiket dalam Liga Malaysia, yang ternyata lebih memberikan keselesaan kepada pembeli yang sanggup membayar lebih bagi kemudahan itu.
Apakah kita boleh melihat ‘kemudahan’ ini akan disediakan dalam masa terdekat atau FAM akan meluaskan lagi penjualan tiket online melalui beberapa vendor lain, sama-sama kita tunggu.