Berita baik yang paling dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan akhirnya tiba apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kebenaran kehadiran penonton ke tempat acara sukan dan rekreasi untuk negeri fasa 2, 3 dan 4.
Ia bermakna para peminat kini boleh memasuki ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, SOP kemasukan penonton untuk saingan TM Piala Malaysia 2021 akan diumumkan oleh badan pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan rasmi, kehadiran penyokong ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.
Saranan mewajibkan pengambilan dua dos vaksin juga mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan penonton yang hadir ke stadium mengikut SOP yang ditetapkan.
Selain itu, tiada aktiviti makan dan minum sepanjang berada di stadium. Kanak-kanak bawah 18 tahun juga tidak dibenarkan masuk untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Jaringan Park Tae-Su ‘Mendunia’, Pakar Cadang Hantar Ke Puskas
KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu
Langkawi City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Borussia Dortmund