Kelab bola sepak Terengganu (TFC) semalam mengumumkan kemasukan penyerang import baharu dari Haiti, Sony Norde bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan tersebut dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Baca Juga:
- Terengganu Umum Tomislav Steinbruckner Sebagai Ketua Jurulatih
- Nafuzi Sah Tolak Tawaran Lanjutan Kontrak Terengganu FC
- Nik Sharif Optimis Terengganu Akan Pamer Kebangkitan
Sony bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana beliau sebelum ini beraksi bersama pasukan Melaka United selama 3 musim.
Kelicikan dan ketajaman penyudah yang dimiliki oleh pemain itu menjadi pilihan ketua jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner untuk menggantikan tempat Kipre Tchetche yang tidak disambung kontrak kali ini.
Berdasarkan rekod, pemain yang berusia 33 tahun telah membuat 45 penampilan bersama Melaka United dan menjaringkan 4 gol serta 6 bantuan gol pada musim ini.
WELCOME SONY NORDE pic.twitter.com/sUdQF6sNQD
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 1, 2022
Kehadiran Sony turut mendapat reaksi yang positif dalam kalangan penyokong setia skuad Penyu dan berharap dapat membantu pasukan menghadapi saingan Piala AFC pada musim depan.
Selain Sony, Terengganu juga dikhabarkan bakal membawa masuk seorang lagi penyerang berbisa yang pernah merangkul anugerah pemenang Kasut Emas Liga Super 2020 dan 2021, Ifedayo Olusegun.
Ifedayo yang bakal tamat kontrak bersama pasukan Hang Tuah pada penghujung November ini sememangnya menjadi buruan pasukan Liga M termasuk Terengganu.
Kebolehannya dalam mencetak gol tidak perlu dipersoalkan lagi apabila penyerang berbisa itu berjaya meletak 26 jaringan bersama Selangor dalam saingan Liga Super pada musim lalu.
Pada musim ini, Ifedayo telah meledak sebanyak tujuh jaringan, dua hantaran bantuan dalam 15 penampilan Liga Super.
Jika benar ura-ura Ifedayo ke TFC, pemain itu bakal menggantikan posisi Kpah Sherman yang difahamkan telah menyertai pasukan jiran, Sri Pahang.
Malah, pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Al Mardi turut dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu setelah kontraknya bersama Kedah Darul Aman (KDA) tidak disambung.