Pahang menjadi salah satu pasukan yang memperkenalkan nama baharu bagi digunakan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan disamping pasukan Negeri Sembilan dan Kedah pada semalam.
Nama baharu yang dipilih oleh pengurusan pasukan ialah Sri Pahang FC. Nama tersebut lantas mencetuskan persoalan dikalangan peminat dimana mereka ingin mengetahui sebab dan juga faktor utama mengapa nama itu dipilih sebagai nama baharu pasukan.
Salah seorang pengguna Twitter, Taslim Razin memberikan penjelasan dimana nama Sri Pahang itu ada sedikit unsur legenda dimana nama tersebut diambil sempena seekor buaya air masin putih gergasi yang dikatakan hidup di Tasik Chini, Pekan.
Seri Pahang (Jawi: سري ڤهڠ) was a legendary giant white saltwater crocodile thought to have lived in the Chini Lake, Pekan District, Pahang. He was famous for his duel with a black sea demon called Seri Kemboja that took place off the coast of Pahang.
— Taslim Razin (@manarianz5) September 30, 2020
Sri Pahang terkenal kerana pertembungan dengan syaitan laut hitam yang disebut Seri Kemboja. Dalam versi lain, Sri Pahang dan Sri Kemboja digambarkan sebagai seekor ular gergasi yang turut dikenali dengan nama Nāga.
Masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak pengurusan pasukan Pahang setakat ini mengenai nama baharu mereka. Juara Piala FA 2018 itu juga masih belum pasti sama ada mahu menggunakan logo sedia ada ataupun menggunakan logo baharu seperti pasukan Kedah dan Negeri Sembilan.
Baca artikel lain mengenai pasukan Pahang di sini:
Tewaskan Kedah, Dollah Kagum Dengan Semangat Pemain Muda Pahang
Tengku Muda Pahang: Kami Akan Bawa Kes Sumareh Ke AFC Dan FIFA