Penjaga gol skuad kebangsaan Iran, Alireza Beiranvand terus beraksi di Eropah apabila menyertai kelab Portugal, Boavista bagi menghadapi saingan musim 2021/2022.
Perkara ini diumumkan oleh Boavista menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Alireza menyertai pasukan itu secara pinjaman dari kelab Belgium, Royal Antwerp.
Alireza menyertai Antwerp pada Julai 2020 dengan kontrak selama tiga tahun setelah lima musim beraksi bersama kelab Iran, Persepolis.
Beliau beraksi selama satu musim dalam saingan Liga Belgium dan membantu kelab itu menamatkan saingan play-off di tangga ketiga sekaligus layak ke peringkat kelayakan ke saingan UEFA Europa League musim hadapan.
Sepanjang beraksi bersama Antwerp, penjaga gol berusia 28 tahun itu menjadi pilihan kedua namun beliau berjaya membuat 10 penampilan sepanjang musim.
Boavista menamatkan saingan Liga Portugal di tangga ke-13 dimana mereka mengutip 36 mata selepas menghadapi 34 perlawanan, dibezakan dua mata dengan pasukan yang tersingkir ke saingan divisyen kedua musim hadapan.
Alireza Beiranvand mengikut jejak langkah pemain sayap negara, Safawi Rasid dengan beraksi di Liga Portugal dimana sebelum ini Safawi menyarung jersi Portimonense secara pinjaman selama tiga bulan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
BG Pathum United Jadi Wakil Tunggal Asean Dalam Peringkat Kalah Mati ACL 2021
Adam Hamid Dan Omar Raiyan Berada Dalam Radar Skuad B-20 Tahun Negara
Kelayakan AFC B-23: 8 Pemain Yang Boleh Dipanggil Sertai Skuad B-20 Tahun