Seorang penjaga garisan membabitkan aksi Liga Super antara Perak dan Penang di Stadium Perak yang berlangsung pada 9 Ogos lepas kini telah digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Baca Juga:
- Individu Ini Kongsi Realiti Pahit Dihadapi Pengadil Di Malaysia
- Pengadil Malaysia Jalani Latihan VAR Di Arab Saudi
- Indonesia vs Argentina: Pengadil Dari Malaysia Dapat Pujian
Penjaga garisan itu mencetus kontroversi apabila membenarkan jaringan ketiga Perak yang dihasilkan Seo Seonung pada minit ke-75 walaupun pemain dari Korea Selatan itu jelas berada dalam kedudukan ‘offside’.
Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta.
“Kita mendapat laporan daripada penilai pengadil dan buat masa sekarang kita sudah gantung penjaga garisan itu sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pengadil yang akan datang,” katanya.
Gol ketiga Perak. Jaringan diterima. Pengadil membuat keputusan tiada sebarang kesalahan. Setuju?#demiligakita pic.twitter.com/WIITZ3FShW
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 9, 2023
Ketika perlawanan itu, Perak merasai nikmat kemenangan selepas berjaya menundukkan Penang FC 3-1.
Jaringan kontroversi yang dihasilkan Seo Seonung itu turut membunuh harapan pemain Penang untuk bangkit mencari gol penyamaan.
Penang sebelum ini pernah berdepan kontroversi lain membabitkan keputusan pengadil sehingga merugikan pasukan itu sendiri.
Isu kontroversi melibatkan pengadil sememangnya sudah sebati dalam saingan Liga Malaysia.
Disebabkan itu, FAM telah menggantung pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria yang didapati membuat keputusan yang salah ketika aksi Penang menentang Sabah.
Antara keputusan kontroversi oleh Zulkarnain ialah beliau menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Sabah pada separuh masa pertama dan kedua yang dianggap tidak munasabah.
Tidak lama selepas itu, FAM telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan liga domestik musim ini.
Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai oleh Dato’ S. Sivasundaram telah sebulat suara mendapati bZulkarnain Zakaria telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti.