Pengurus Perniagaan Global J-League, Kei Koyama percaya pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai mampu menyinar jika beraksi di liga terbaik Asia itu.
Dalam satu temu bual bersama stesen televisyen tempatan, Koyama menyatakan Quang Hai dan seorang lagi pemain yang memenangi anugerah Vietnam Golden Ball, Do Hung Dung merupakan pemain yang mempunyai potensi dan mampu menyinar sekiranya beraksi di saingan J. League.
Tambah Koyama, sejak tiga musim kebelakangan ini pemain dari rantau Asia Tenggara telah meninggalkan impak positif di J. League seperti dipilih sebagai pemain terbaik dan memenangi kejuaraan utama.
Seperti contoh Chanathip Songkrasin yang menjadi nadi utama Consadole Sapporo serta Theerathon Bunmathan yang memenangi J1 pada musim lalu.
Koyama percaya dengan pencapaian yang diraih oleh Chanathip dan Theerathon, lebih ramai pemain dari Asean yang akan beraksi di J. League.
Nguyen Quang Hai merupakan pemain terbaik Vietnam ketika ini dan beliau dinasihatkan untuk beraksi di luar negara bagi memantapkan lagi kualiti serta kebolehan yang dimiliki.
Pemain berusia 23 tahun itu menjadi watak penting ketika skuad bimbingan Park Hang-seo memenangi Piala AFF Suzuki pada 2018 serta pingat emas Sukan SEA 2019.
Baca artikel lain mengenai Nguyen Quang Hai di sini:
Media Vietnam Berikan 4 Sebab Mengapa Sukar Untuk Nguyen Quang Hai Beraksi Di Luar Negara
Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000