Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) hari ini mengumumkan bekas pemain kebangsaan, Stanley Bernard Stephen Samuel sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur United FC.
Stanley bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana beliau pernah bertugas sebagai pengulas Liga Malaysia dan sering muncul dalam rancangan berbentuk perbincangan bola sepak di kaca televisyen.
Pemilihan beliau sebagai CEO dilihat sebagai langkah yang tepat oleh para penyokong Kuala Lumpur kerana Stanley mempunyai pengalaman yang luas dalam arena bola sepak tempatan.
Secara rasminya KUALA LUMPUR UNITED FOOTBALL CLUB SDN BHD melantik, Stanley Bernard Stephen Samuel sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Nantikan temubual penuh !!#kualalumpurunited #ceo pic.twitter.com/AegPXwnLgg
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) December 12, 2020
Malah, ketika bergelar sebagai pemain, beliau pernah beraksi dengan skuad warga kota itu pada musim 2004 hingga 2008 sebagai penyerang serta turut dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan.
Kemudian, beliau menyertai sebuah kelab profesional dari India, Sporting Clube de Goa sekaligus mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia yang pertama beraksi dalam saingan I-League pada musim 2010-2011.
Selepas pulang dari India, Stanley mencuba nasib dalam Liga Indonesia dan ditawarkan kontrak oleh kelab Persibo Bojonegoro. Beliau berjaya menjaringkan gol dalam penampilan pertama pada perlawanan pra-musim namun khidmatnya tidak bertahan lama disebabkan oleh isu politik diantara dua negara (Malaysia & Indonesia).
Stanley akhirnya kembali semula ke Liga Malaysia pada musim 2011 dan menyertai pasukan Sabah. Pada tahun 2012, beliau menyertai semula Kuala Lumpur dan akhirnya mengambil keputusan untuk bersara disebabkan oleh kecederaan serius yang dialaminya.
Vocket FC ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Stanley Bernard dan semoga dapat membawa perubahan yang besar serta mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan Kuala Lumpur.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Penyerang Prolifik Arema FC Terima Tawaran Sertai Kelab Liga Malaysia
Celine Chuang, Pemain Wanita Pertama Malaysia Beraksi Dengan Bayern Munich
Azral Ramlay Diumumkan Sebagai Pemenang Reka Cipta Logo Baharu Negeri Sembilan FC