Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum mengumumkan pasukan mana yang bakal menjadi pengganti kepada Bahrain sebagai persiapan untuk menghadapi Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia/Piala Asia 2023 Mac ini.

Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia menentang Bahrain yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mac ini terpaksa dibatalkan ekoran keputusan Kerajaan Bahrain pada 21 Februari lalu dimana mereka mengetatkan perjalanan keluar dan masuk ke negara berkenaan membabitkan individu-individu dari negara yang berdekatan atau berhampiran dengan wabak COVID-19 termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Iran.

Menurut laporan Harian Metro, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memberi bayangan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Bhutan bagi merangka satu perlawanan persahabatan.

“FAM akan cuba mencari pasukan yang bersedia untuk perlawanan persahabatan bertemu Harimau Malaya dan kemungkinan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Bhutan,” katanya.

Pengganti
Sumber Gambar: FAM

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya pernah berdepan dengan Bhutan pada 2018 lalu dimana skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 7-0 dengan Zaquan Adha menjaringkan empat gol manakala tiga gol lagi disumbang oleh Wan Zack Haikal, Irfan Zakaria dan Syafiq Ahmad.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

FAM Batalkan Perlawanan Persahabatan Bertemu Bahrain Kerana COVID-19, BFA Akur Arahan Kerajaan Bahrain

Skuad Harimau Malaya Berpeluang Kaut Hampir 40 Mata FIFA Ranking Jika Menang Semua Perlawanan Bulan Mac 2020

Brendan Gan Tidak Suka Dilabelkan Sebagai ‘Pemain Naturalisasi’