Sebagai proses pemisahan daripada persatuan dan langkah untuk menjadi sebuah kelab bola sepak berstatus swasta, pasukan Penang FC dan Sabah FC telah memperkenalkan logo baharu yang akan digunakan dalam saingan Liga Malaysia bermula pada musim depan.
Penang akan beraksi dalam saingan Liga Super 2021 atas tiket sebagai juara Liga Premier musim ini. Logo mereka kali ini menampilkan harimau kumbang berlatar belakang warna bendera rasmi Pulau Pinang.
Pemilihan logo tersebut turut disambut baik oleh para penyokong mereka dan berharap dapat memberikan suntikan semangat kepada pemain untuk memperagakan aksi terbaik.
Sebarang perubahan atau pertukaran logo tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Penang FC Sdn. Bhd.
Sabah FC juga turut memperkenalkan logo baharu mereka semalam selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Verdon Bahanda membuka peluang kepada para peminat untuk mengetengahkan idea masing-masing dengan menganjurkan pertandingan mereka cipta logo baharu.
Ini kerana logo yang diperkenalkan sebelum ini dapat kecaman daripada pelbagai pihak terutama para penyokong setia Sabah. Mereka menyifatkan logo tersebut ketinggalan zaman dan menyerupai logo sebuah sekolah.
Lebih 300 penyertaan telah diterima, namun hanya seorang peserta telah diumumkan sebagai pemenang berdasarkan undian terbanyak logo beliau yang dipamerkan pada laman facebook Sabah FC.
Logo tersebut menjadi pilihan penyokong kerana ia mengambarkan identiti negeri Sabah dengan berlatar belakang gunung kinabalu dan warna bendera rasmi.
Baca artikel lain mengenai isu logo pasukan Liga Malaysia yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini melalui pautan dibawah.
Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat