Sadio Mane berjaya menjaringkan penalti kemenangan untuk membawa negaranya Senegal mara ke Piala Dunia 2022. Sebaliknya rakan sepasukannya di Liverpool, Mohamed Salah pula merembat tinggi penaltinya dalam penentuan penalti.
Dalam ulangan final Piala Negara-Negara Afrika Februari lalu, Senegal sekali lagi meraikan kejayaan pada wisel penamat selepas menang menerusi penentuan penalti.
Sadio Mane scored back-to-back winning penalties to win the AFCON Final and to send Senegal to the World Cup π pic.twitter.com/mRKe7XH0FD
— ESPN FC (@ESPNFC) March 29, 2022
Mohamed Salah yang merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini, menjadi satu lagi nama besar yang terlepas aksi Piala Dunia 2022.
Pusingan kedua perlawanan play-off di stadium baharu Senegal yang berkapasiti 50,000 tempat duduk itu berakhir 1-0 memihak tuan rumah dan agregat 1-1 selepas masa tambahan, menyebabkan perlawanan ke penentuan tegang dan dramatik.
Senegal menjadi pasukan yang lebih baik dalam dua perlawanan play off kali ini. Skrip yang sama seperti perlawanan pertama, Senegal menguasai perlawanan dan mencipta lebih banyak peluang namun agak tumpul di hadapan gol.
Mujur kali ini mereka berjaya mendapatkan gol awal. Selepas itu, Senegal bergelut untuk menewaskan penjaga gol Mesir yang cemerlang sepanjang perlawanan.
Pada bulan Februari ia adalah perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika, Salah tidak sempat mengambil penalti, kali ini dia memutuskan untuk menjadi pelaksana pertama.
Senegal memulakan penentuan penalti dengan kegagalan kapten Senegal Kalidou Koulibaly – di mana sepakannya telah terkena palang.
Mo Salah yang merupakan pakar sepakan penalti, mewaskan Edouard Mendy dalam penentuan penalti Piala FA yang lalu, kali ini melakukan penalti yang melewati palang.
Ciss dan Zizo juga tidak dapat menjaringkan penalti mereka. Pemain pemain Mesir berdepan dengan tembakan laser sepanjang perlawanan dan juga ketika penentuan penalti.
I mean, just look at this. Salah sails his penalty over⦠and surely anybody would, given the lasers.
Mane scores, Senegal wins the shootout, Egypt out of the World Cup pic.twitter.com/tgHmCmW8uu
— Henry Bushnell (@HenryBushnell) March 29, 2022
Ismaila Sarr kemudiannya menjaringkan gol tetapi ia dapat disamakan oleh El Soleya. Seny Dieng kemudian meledak dengan yakin untuk meletakkan Singa Teranga di hadapan.
Mohamed Mostafa cuba membalas gol tersebut untuk Mesir, tetapi Mendy menyelamatkan dengan baik dan memberikan Senegal kelebihan untuk mara menerusi sepakan terakhir Sadio Mane.
Mane tidak melakukan kesilapan dan sekali lagi merobek hati peminat Mesir dengan penalti penentuannya.
SADIO MANE SENDS SENEGAL TO THE WORLD CUP!!!
INCREDIBLE SCENES! πΈπ³π pic.twitter.com/g2ycfzsIhd
— ESPN FC (@ESPNFC) March 29, 2022
Para penyokong Senegal girang meraikan kejayaan mereka mara ke Piala Dunia, sehingga ada yang menceroboh masuk ke dalam padang.