Peminat TRW Kelantan melancarkan protes ekoran prestasi kurang memberangsangkan pasukan dalam saingan Liga Super musim ini selain isu mengenai konflik antara pemilik pasukan, Norizam Tukiman dan bekas ketua jurulatih, Choi Min-sik.
Baca Juga:
- Zamsaham Sedia Lepaskan Kelantan FC Kepada Pemilik Baharu
- Ejen Choi Moon-Sik Terus ‘Londehkan’ TRW Kelantan
- Zamsaham: Tak Perlulah Burukkan Kelantan FC
Ketika perlawanan Liga Super menentang Selangor baru-baru ini, salah satu kumpulan penyokong iaitu Gate H Boys melancarkan protes dimana mereka tidak bersorak seperti mana kebiasaan pada perlawanan sebelum ini.
BOIKOT ❌
PROTES ✅Macam mana tanpa suara kami malam ini? Janji kami tidak akan meninggalkan pasukan. Untuk LS8 kami tidak memilih boikot kerana itu lagi menjahanamkan pasukan. Kita bukan tak boleh main,kita boleh hakikatnya kita membawa masalah luar ke dalam padang..
(1/2) pic.twitter.com/Y8PHpYF4Xw— Gate H Boys (@GateHBoys) April 9, 2023
Selain itu, menurut perkongsian Joe Zakaria di laman media sosial Twitter, peminat lain menggunakan cara menampal protes mereka di beberapa tempat dimana peminat menulis mereka sudah bosan dengan frasa trust the process dan kini mahu pasukan itu untuk menjadi salah satu pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia.
Nak delete komen senang,nak delete benda² mcm ni memang tak dapat la once dah reach the internet. Sapa yg masih buta dan sokong si Zam ni aku boleh ckp hgpa bukan true supporters.Bukan peminat bola sepak pun. FANS ARE KING!! pic.twitter.com/Lx69doZmOY
— Joe Zakaria (@thejoezakaria) April 10, 2023
Pada masa sama, peminat turut menampal poster di sekitar pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan bagi menunjukkan rasa marah dengan prestasi semasa pasukan.
Ekoran maslaah yang melanda pasukan, Zamsaham memberi bayangan untuk melepaskan TRW Kelantan kepada pemilik baharu yang mampu selepas pelbagai isu ‘luar padang’ hangat diperkatakan.
Menerusi kenyataannya di laman media sosial Facebook miliknya, beliau telah banyak berusaha untuk memajukan pasukan itu namun merasakan masih belum cukup bagus untuk jadi pemilik.
“Berbagai usaha saya untuk naikkan kelab TRW dari 2020 sehingga sekarang. Duit saya yg KAFA hutang RM3.8juta belum di terima lagi sesen pun. Banyak perancangan saya termasuk progress fasiliti untuk TRW masih belum tercapai. Saya telah usaha untuk 2.5 tahun.
“Jika rasa saya tak cukup bagus dan tidak layak jadi owner kelab ini, saya terfikir untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan Kelantan FC ini kepada individu yg mampu,” katanya.
Beliau juga sempat menulis di ruang komen untuk menjelaskan kepada penyokong bukan senang menguruskan sebuah kelab bola sepak dan sedia memberi peluang kepada individu yang berminat.
“Saya bukan merajuk dan bukan marah.Harap takda salah faham.
Cuma terpikir nak bagi peluang untuk sesiapa merasai jadi full Ownership sebuah kelab bola.
“Uruskan sendiri baru tahu bagaimana jadi owner. Kepada yang sentiasa positif dan kritis dengan TRW,saya ucapkan berjuta terima kasih,” jelasnya.