Ketua pasukan Selangor, Brendan Gan kembali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini setelah pulih daripada kanser testis yang dialaminya sejak Julai tahun lalu.
Brendan disenaraikan dalam kesebelasan utama pada perlawanan liga menentang Sarawak United di Stadium MBPJ yang menyaksikan Selangor mencatat kemenangan besar dengan keputusan 7-0. Pada aksi semalam, pemain berusia 34 tahun itu beraksi selama 45 minit sebelum dikeluarkan pada awal separuh masa kedua bagi digantikan dengan Syahir Bashah.
“Jatuh 1 kali, bangkit 5 kali. Bagaikan burung phoenix yang bangkit dari abu."#MKLK #KitaAdalahSatu #LS10 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/iTwMlmVx0H
— Selangor FC (@selangorfc) June 19, 2022
Menurut tinjauan kami di laman media sosial, rata-rata peminat teruja apabila Brendan kembali beraksi secara kompetitif dan memuji kecekalan serta semangat juang pemain itu yang berjaya melawan kanser, selain pernah mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligaments (ACL) sebanyak dua kali sebelum ini.
Beat the Big C, waited for his first start and tonight, he came back and scored a goal. This was written in the stars… Just written in the stars.
No one could have written this better. The start he would have craved for! Selangor draws first blood. #MSL2022 #SELSWU pic.twitter.com/eSibGFdV6e
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 19, 2022
Brendan Gan. Welcome back to the pitch, captain. @selangorfc #langgamgendangperang
— Altimet.eth (@altimet) June 19, 2022
Ramai yang masih terkenangkan prestasi Brendan ketika aksi pusingan kedua saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand dimana beliau menjadi pemain penting skuad negara yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe ketika itu sebelum saingan terpaksa dihentikan ekoran pandemik COVID-19 dan Brendan disahkan menghidap kanser testis.
Peminat berharap Brendan Gan terus menampilkan aksi konsisten dalam saingan Liga Malaysia bersama Selangor sekaligus menarik perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk kembali memanggil beliau pada aksi antarabangsa selepas ini.
Malaysia berjaya layak secara merit ke temasya Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh pada aksi terakhir kumpulan E dengan keputusan 4-1 sekaligus menjadi salah satu pasukan yang menghuni tangga kedua terbaik peringkat kelayakan.
Pasukan negara akan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada September dan dijangka bakal turun menentang pasukan yang lebih kuat sebagai persediaan untuk menghadapi temasya Piala Asia.
“Malaysia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan pada September. Lawan kita bukan lagi Laos dan lain-lain. Kita akan cari lawan yang lagi tinggi dari segi ranking,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Syarikat Terkemuka Thailand, Carabao Diumumkan Sebagai Rakan Kongsi Rasmi Kerteh FC
Daniel Ting Kembali Ke Liga Malaysia Sertai Pasukan Dari Selatan?