Peminat Selangor berang dengan tindakan tidak profesional yang dilakukan oleh penjaga gol pasukan, Farizal Harun selepas perlawanan menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2019 semalam.
Farizal dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap peminat Selangor yang bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah setelah skuad bimbingan B.Sathianathan itu tewas tipis kepada TFC. Tindakan Farizal itu nyata mendapat kritikan dari peminat terutamanya di media sosial.
Bila masa maki? Kitorang sruh amik banner tuh ! Smua buat bodoh xberani dtg ! Lagi sekali cakap, amik banner tuh ! Semua buat bodoh lagi ??!!
Pastu kau nak “kepala butoh” kenapa?!! Ulang lah sekali lagi “kepala butoh” kau tuh !!! ULANG !!!
Cc @FASelangorMy #KepalaButoh pic.twitter.com/blPiyGRQq3
— Iyzat Hamdan 🇲🇾 (@IyzatHamdan) May 24, 2019
F: Ambil banner ni!
Semua pemain tak berani nak ambil. Sampailah hero Ejai datang.
E: Kami da main bermati-matian.
F: Korang nak main ke tak nak main ?
E: KEPALA BUTOH! Kami da main bermati-matian!#Kepalabutoh pic.twitter.com/vwLqWLAiNw
— Yol Smart 🇲🇾 (@Mierulah) May 24, 2019
Insiden yang membabitkan Farizal dengan penyokong Selangor bukanlah kali pertama berlaku dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Pada mulanya, bekas penjaga gol Felda United ini menaikkan amarah peminat setelah membuat isyarat lucah terhadap penyokong yang hadir ke Stadium Hang Jebat selepas perlawanan menentang Melaka United pada April.
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tindakam Farizal Harun semalam.
Namun rata-rata peminat mahu Farizal disingkirkan daripada pasukan dan digantikan dengan penjaga gol yang lain bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.