Peminat bola sepak tanah air mempersoalkan keputusan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memanggil Guilherme De Paula untuk menyertai kem latihan pusat pasukan negara bermula 19 Mei ini.
Pan-gon memanggil seramai 29 orang pemain untuk menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brunei dan Hong Kong serta saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan depan.
Siaran Media: Senarai 29 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 19 Mei 2022
▶️ Baca penuh di https://t.co/98W4KPGEqH#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/XpHs8YS4wz
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 17, 2022
Setelah pengumuman dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), peminat terus mempersoalkan kehadiran De Paula dimana mereka menganggap pemain naturalisasi itu tidak berada dalam keadaan dan prestasi terbaik bagi beraksi bersama pasukan negara.
Peminat masih mengingati prestasi hambar yang ditampilkan oleh De Paula ketika Malaysia beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki pada awal tahun ini di Singapura yang menyaksikan pasukan negara gagal melepasi peringkat kumpulan.
Pemain berusia 35 tahun itu gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kumpulan dan ada insiden dimana beliau membaling botol air dibangku simpanan setelah digantikan dengan Luqman Hakim Shamsudin pada perlawanan menentang Kemboja.
Selain De Paula, Kim Pan-gon juga memanggil tiga penyerang lain iaitu Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman), Darren Lok serta R.Kogileswaran (Petaling Jaya City) dan peminat berpendapat tiga pemain ini sudah cukup untuk mengisi bahagian serangan pasukan kerana mereka telah menampilkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Super.
Seorang lagi pemain naturalisasi yang mendapat kritikan dari peminat dalam skuad kali ini ialah Mohamadou Sumareh dimana sama seperti De Paula, Sumareh dianggap tidak memberikan impak positif terhadap pasukan berdasarkan perlawanan persahabatan yang dihadapi pasukan negara di Singapura bulan lalu.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Brunei pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun. Kemudian mereka akan menghadapi 3 perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun 2022) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
TMJ Ajak Penyokong JDT Penuhi Stadium Untuk Aksi Liga Super Lawan Sri Pahang
De Paula Kembali Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Hadapi Kelayakan Piala Asia 2023
Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Sudah Mula Dijual