Ketika ini peminat bola sepak dunia sedang hangat membincangkan tentang tindakan salah seorang peminat kelab Arab Saudi, Al-Ittihad yang memberikan hadiah seutas jam tangan mewah jenama Rolex kepada salah satu pemain pasukan iaitu Fabinho.

Al-Ittihad turun menentacustom bowling jerseys wig sales custom football jerseys the rose sex toy adidas yeezy foam runner ass sex toy best wig outlet nike air max for sale cheap cheap sex toys male sex toys wigs store nfl shop com cheap jerseys for sale human hair wigs cheap jerseys ng Al-Raed pada aksi pembukaan saingan Saudi Pro League dan Fabinho diturunkan buat kali pertama dalam saingan kompetitif bersama kelab baharunya.

Selepas perlawanan, salah seorang peminat memberikan hadiah jam tangan mewah yang dipercayai jenama Rolex kepada pemain kelahiran Brazil itu dan peminat itu mempunyai sebab tersendiri.

Fabinho
Fabinho

Peminat tersebut merupakan seorang wartawan sukan senior di Arab Saudi dan tindakan beliau memberikan hadiah jam tangan Rolex kepada Fabinho adalah kerana pemain itu menampilkan prestasi yang baik pada perlawanan pertamanya.

Dalam aksi tersebut, skuad bimbingan Igor Jovićević itu berjaya mendapat tiga mata apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0.

Perkara ini di luar kebiasaan kerana peminat jarang untuk memberikan hadiah mewah kepada pemain kegemaran mereka yang mana pemain selalu mendapat hadiah berupa kad ucapan ataupun hadiah lain.

Akan tetapi, memandangkan Fabinho beraksi di negara yang kaya dengan hasil bumi iaitu minyak serta mempunyai ramai jutawan di kalangan rakyat, maka perkara ini dianggap biasa oleh peminat di sana.

Tidak mustahil pemain bintang lain yang beraksi di Liga Arab akan mendapat hadiah mewah yang nilainya jauh lebih mahal sekiranya mereka membantu pasukan masing-masing memenangi perlawanan dalam saingan liga selepas apa yang berlaku ke atas pemain berusia 29 tahun itu.