Masihkah anda ingat video seorang peminat cilik Harimau Malaya yang menangis dan bersorak gembira ketika menyaksikan Mohamadou Sumareh menjaringkan gol kemenangan skuad negara ketika menentang Indonesia khamis lepas?

Rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial selepas dikongsi oleh ibunya yang juga merupakan seorang pelakon terkenal tanah air iaitu Nadiya Nisaa. Justeru itu, bagi menghargai sokongan kanak-kanak tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengaturkan satu pertemuan khas bersama pemain skuad Harimau Malaya.

Peminat cilik tersebut yang bernama Omar Bin Saiful Razman telah mendapat peluang bersemuka dengan penjaring tersebut, Mohamadou Sumareh dan disertai oleh kapten Harimau Malaya, Farizal Marlias, Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad.

Selain menerima tiket menyaksikan perlawanan menentang UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada hari Selasa ini, Omar turut mendapat sehelai jersi Harimau Malaya pemberian khas daripada Sumareh yang ditandatangani oleh beliau.

70242090_2368718359891581_4672814488360058880_n
FOTO: FAM

Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang UAE pada hari selasa ini? Klik pautan artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

TicketHotline Perkenalkan Ciri Pemilihan Zon Tempat Duduk Dan Zon Ultras Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu UAE Sudah Mula Dijual Secara Online Hari Ini