Presiden PSG, sangat bengang dengan keputusan pengadil yang dituduh telah menjadi sebab kepada penyingkiran PSG dalam UCL.
Mauricio Pochettino turut mengkritik keputusan pengadil perlawanan yang dianggap berat sebelah.
Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi cuba menyerbu bilik persalinan pengadil dan memecahkan peralatan selepas pasukannya disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Real Madrid, menurut laporan daripada pegawai perlawanan.
Ini bukan pertama kali Nasser Al Khelaifi menyerang pengadil. Beberapa tahun lalu dia bersemuka dengan pengadil ketika pasukannya terkena remontada di Nou Camp.
Pada 2017 Nasser Al Khelaifi menyerang pengadil di terowong Parc Des Princes.
Nasser el Khelaifi coming down to the tunnel after PSG lost to Nice and criticising the ref.
— Dara Hensey (@darahensey) July 14, 2017
Madrid berjaya menebalikkan defisit dua gol pada perlawanan kedua peringkat 16 terakhir, dengan hatrik Karim Benzema pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan agregat 3-2 untuk Madrid.
Gol pertama Benzema yang menimbulkan kemarahan PSG, yang merasakan Benzema sepatutnya dihukum kerana mengasari penjaga gol Gianluigi Donnarumma dalam perlawanan itu.
Kekecewaan Al-Khelaifi telah didokumenkan dalam laporan pengadil. Dia terus meluru ke dalam terowong laluan ke bilik persalinan. Marca melaporkan bahawa Kheialfi “berkelakuan agresif dan cuba memasuki bilik persalinan pengadil.
https://twitter.com/i/status/1501688963387781120
Apabila pengadil meminta mereka pergi, presiden memukul sekeping peralatan pembantu pengadil, lalu memecahkannya.”
Staf di situ termasuk pengawal keselamatan Nasser Al Khelaifi turut cuba menenangkannya.
Nasser Al Khelaifi came out of the box screaming. He looked for the referees in the changing rooms and the scene was extremely unpleasant. [@MovistarPlus] pic.twitter.com/xhCwlzQmoO
— Di Marzio Jnr💙🔥⚽🇬🇧 (@KwakuSikanii) March 9, 2022
Menurut Marca, tingkah laku Al-Khelaifi telah dirakam oleh seorang pekerja Real Madrid, yang berkemungkinan akan menghantar rakaman itu kepada UEFA untuk mengkaji kemungkinan hukuman berat dikenakan kepadanya.
Seterusnya, Pengarah Sukan PSG, Leonardo turut mempertahankan bos beliau itu.
“Keputusan mengenai Donnarumma tidak adil,” kata Leonardo selepas perlawanan ke Canal+.
“Pelanggaran itu wujud dan ia jelas. Mustahil untuk tidak merujuk VAR.”
“Tetapi saya tidak mencari alasan. Kita perlu lihat apa yang kita lakukan.”