Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membatalkan saingan Piala Belia dan Piala Presiden musim ini nyata mendapat reaksi yang kurang senang dari peminat bola sepak tanah air.
Menurut kenyataan FAM, faktor utama mengapa dua saingan ini dibatalkan ialah kerana mereka mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran kedua-dua pertandingan ini.
Keputusan ini juga diambil selaras dengan status penganjuran kedua-dua pertandingan tersebut yang sehingga kini masih belum mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Siaran Media: Pembatalan Pertandingan Piala Presiden & Piala Belia 2021
Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di https://t.co/CgTewJwkEM#FAM #HarimauMalaya #PialaPresiden2021 #PialaBelia2021 pic.twitter.com/gaihTQCML9
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 30, 2021
Ramai pihak berpendapat bahawa situasi pandemik COVID-19 dalam negara bukanlah satu perkara yang baru dan FAM selaku badan induk perlu lebih bersedia dan lebih bijak untuk mengadakan pertandingan dalam situasi pandemik dan bukan terus mengambil keputusan untuk membatalkan dua pertandingan yang menjadi medan untuk pemain muda beraksi.
Antara kaedah yang boleh digunakan ialah sport bubble dan mengadakan pertandingan dalam format karnival dimana semua pasukan bertanding dikumpulkan di satu tempat serta ujian swab perlu dilakukan dengan kerap sebagai langkah pencegahan.
This is an easy way out, @FAM_Malaysia. U guys shld come up w somethg. This covid thing is not yesterday news, & u guys shld prepare in advance, really. Cup, conference leagues, short tourney, bubble, anythg really. 2 yrs w/o comp is unacceptable! https://t.co/TNMKmhlDeN
— Cockroach (@ApexCockroach) August 31, 2021
Sudah dua musim saingan Piala Belia dan Piala Presiden tidak dapat dijalankan dan perkara ini nyata memberi impak yang cukup besar khususnya terhadap pembangunan dan perkembangan pemain muda negara. Selain itu, tahap kesihatan mental pemain turut terjejas ekoran tiada aksi kompetitif sejak tahun lalu.
Piala Presiden dan Piala Belia batal?
2 tahun tanpa sebarang aktiviti akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap pembangunan pemain 18 ke 21 tahun. Amat kritikal!!
Jgn kerana hanya ada 4/5 pasukan nak main, kena batal terus.
At least allow 4/5 team yg komited ni utk main
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) August 30, 2021
Kejohanan di peringkat akar umbi amat penting kepada pembangunan bola sepak negara kerana pemain muda ini yang akan menggantikan generasi sedia ada untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Keyakinan Sean Giannelli Meningkat Selepas Ledak Tiga Gol Bersama UiTM FC
Perak Berjaya Selesaikan Beberapa Isu Berhubung Tuntutan Gaji
Alif Mutalib Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad B-20 Tahun