Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin Sahak menegaskan anak-anak buahnya tidak boleh terlalu yakin pada perlawanan kedua setelah memperoleh bekalan 1 gol apabila menewaskan Felda United dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2019.
Jaringan tunggal Fernando Rodriguez menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua memberikan kelebihan tipis untuk Kedah namun Aidil mahu pemainnya untuk lebih bersedia dan menjadikan kemenangan semalam sebagai motivasi tambahan.
69'| GOL RODRIGUEZ!
Sepakan penalti Fernando Rodriguez meletakkan Hijau Kuning satu gol dihadapan di Darul Aman ketika ini!@official_kfa 1-0 @feldaunitedfc #ShopeePialaFA2019#MFLLive#KEDFEL pic.twitter.com/wQEQuH0hqX
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 22, 2019
“Saya gembira dengan keputusan itu walaupun satu jaringan, ini kerana ia memberi kami ingatan agar tidak boleh ambil mudah dan terlalu yakin untuk pertemuan kedua itu nanti.
“Ia juga baik untuk pasukan bagi merasakan ia bukan perlawanan yang mudah, dan perlu bekerja keras melakukan sesuatu untuk mendapat kemenangan,” katanya menurut laporan Utusan.
Kedah mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan hanya satu jaringan.
Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 30 Jun ini dan Aidil berharap para pemain terutamanya pemaim yang diturunkan dalam kesebelasan utama semalam dapat mengekalkan tahap kecergasan mereka.