Pemain kelab Thai League 1 yang beraksi untuk Trat FC, Sittichok Paso semalam trending di sosial media selepas gol jaringan ketika bertemu PT Prachuap FC dari garisan tengah padang dikatakan mirip gol jaringan David Beckham.
3 sentuhan dibuat termasuk sepakan lambung dari garisan tengah padang itu berjaya menerjah gawang gol PT Prachuap untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 72, namun gagal membantu Trat FC sebelum tumpas 2-4 apabila tamat permainan.
Gol David Beckham yang dikaitkan adalah ketika pasukan Manchester United bertemu Wimbledon pada tahun 1996 di Selhurst Park, dimana Neil Sullivan ‘lemas’ dengan sepakan tersebut.
Saksikan gol yang dijaringkan oleh Sittichok Paso dalam video highlights rasmi Thai League dibawah.
Ini pula adalah gol yang dijaringkan oleh David Beckham pada 17 Ogos 1996 di Selhurst Park.
Sittichok Paso yang kini beraksi sebagai pemain pinjaman dari Chonburi FC berusia 21 itu, memang terkenal dikalangan peminat bola sepak Thailand terutamanya ketika beliau bersama dengan sebuah kelab J3 League – Kagoshima United FC suatu ketika dahulu.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
RASMI: BG Pathum United Sah Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2021
Datuk K.Rajagobal Dalam Senarai Akhir 3 Calon Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Brunei Darussalam
Diogo Luis Santo: JDT Dan Malaysia Ada Tempat Istimewa Dihati, Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada TMJ