Seorang pemain muda dari skuad Thailand U23, Nattawut Suksum secara rasmi diumumkan sebagai pemain baru pasukan FC Tokyo hari ini.
Penyerang muda berusia 21 tahun yang sebelum ini beraksi bersama skuad senior Bangkok United melengkapkan kontrak pinjaman selama 1 musim bersama kelab gergasi dari Tokyo itu bermula 1 Febuari 2018 hingga 1 Januari 2020.
Pengambilan Nattawut Suksum ini dilihat sebagai pengganti kepada Jakkit Wachpirom yang sebelum ini beraksi dengan FC Tokyo U23 selama 2 musim dan kini sudah kembali ke Thailand dan beraksi dengan Samut Prakan City secara pinjaman dari Bangkok United.
Aktiviti pertukaran pemain secara pinjaman ini adalah hasil dari kerjasama diantara kedua-dua buah kelab yang telah terjalin sejak beberapa tahun lalu dalam usaha pihak kelab untuk memberikan pendedahan kepada pemain muda sebagai salah satu proses pembangunan pemain-pemain.
Skuad FC Tokyo U23 adalah sebuah pasukan pembangunan FC Tokyo untuk memberikan lebih masa bermain kepada skuad mereka disamping menyediakan platform untuk pemain muda mempamerkan bakat.
Musim 2018 FC Tokyo U23 menamatkan musim dikedudukan ke-14 saingan J3 League.
🔵選手情報🔴
このたび #バンコクユナイテッドFC (タイ)より #ナッタウットスクム 選手が期限付き移籍加入することが決定いたしました❗️✨🙌ナッタウット選手、
🔵Welcome to https://t.co/yM2ehItovl !!🔴https://t.co/BX6lJ2OUgJ #fctokyo #tokyo pic.twitter.com/JrmJk6stQ8— FC東京【公式】 #東京が熱狂 (@fctokyoofficial) January 12, 2019