Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan Jepun, Gotoku Sakai menjadi pemain pertama J.League yang dijangkiti wabak COVID-19 menurut laporan daripada Japan Times.
Sakai dilaporkan tidak sihat dan mengalami demam panas dengan suhu 38 darjah celsius sejak hari rabu lalu. Beliau kemudian dibawa ke hospital di daerah Hyogo dan disahkan mengalami masalah pernafasan di bahagian paru-paru.
Malah, beliau juga mengadu sakit kepala dan tekak pada hari jumaat lepas sekaligus dibawa menjalani ujian pemeriksaan COVID-19 dan disahkan positif pada hari isnin.
Vissel Kobe defender Gotoku Sakai has tested positive for #COVID19, making him the first #JLeague player to be infected. https://t.co/1w4QN6ktgS
— Dan Orlowitz (@aishiterutokyo) March 30, 2020
Pemain yang berusia 29 tahun itu menyertai Kobe dari Hamburg pada musim lepas sempat memberitahu peminatnya di laman instagram tentang keadaannya dan menjelaskan tahap kesihatan beliau kini semakin baik.
“Saya telah melakukan yang terbaik sebagai pemain professional untuk mengelakkan tempat orang ramai, sentiasa basuh tangan dan terus berjaga-jaga. Tetapi saya berasa sengsara. Apa.
“Apa yang saya boleh lakukan adalah memaklumkan kepada orang lain bahawa (virus) boleh berada di mana saja. Saya hanya berharap bahawa jangkitan itu tidak merebak kepada orang lain,” katanya yang telah bersara daripada skuad kebangsaan sejak Piala Dunia 2018.
Sementara itu, Vissel Kobe menjelaskan setakat ini tiada mana-mana pemain lain dijangkiti wabak pandemik selain Gotoku Sakai dan pihaknya sentiasa berhubung dengan pasukan perubatan untuk melakukan pemeriksaan harian termasuk sanitasi kemudahan latihan.
新型コロナウイルス感染拡大防止対策を強化するため、3月31日(火)~4月5日(日)までヴィッセル神戸の施設・サービスを一時休業および縮小することにいたしました。
何卒ご理解とご協力のほどよろしくお願いいたします。
詳しくはこちら▼https://t.co/051ZCrLZIR#visselkobe #ヴィッセル神戸
— ヴィッセル神戸 (@visselkobe) March 31, 2020
“Ketika ini, tiada pemain atau kaki tangan lain yang menunjukkan simptom wabak COVID-19 selain Gotoku Sakai.
“Atas arahan daripada pusat kesihatan awam, kami sedang mengenal pasti mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Sakai dan akan melakukan pensterilan sepenuhnya kemudahan latihan kami,” kata kenyataan rasmi daripada kelab tersebut.
Saingan J.League dijangka akan kembali pada 9 Mei 2020 setelah ditangguhkan sejak Februari lalu. Jadual baharu liga tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Baca artikel menarik mengenai perkembangan J.League melalui pautan dibawah.
JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020
JLeague Capai Persetujuan Semua Kelab Untuk Laksanakan Tiada ‘Relegation’ Saingan Liga Musim 2020
Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi