Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan pemain perlu membuat aduan kepada badan induk bola sepak negara itu sekiranya menghadapi masalah tunggakan gaji.

FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata pemain perlu berani untuk tampil membuat aduan kepada badan induk bola sepak negara itu dan tidak menggunakan platform media sosial sekiranya tidak menerima bayaran gaji yang sepatutnya.

Pemain
Sumber Gambar: FAM

“Pemain yang kata tak dapat gaji sepatutnya datang buat aduan kerana kita tak tahu apa masalah yang berlaku.

“Kita tak boleh nak bantu kalau tak ada aduan rasmi daripada pemain. Daripada mereka guna saluran media dengan menggunakan sumber, ia takkan dapat selesaikan masalah.

“Saya harap pemain datang dan kita akan bantu sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah. Kita akan panggil kedua-dua pihak dan cuba mencari penyelesaian bersama,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pemain
Shukor Adan antara pemain yang membuat aduan kepada FAM mengenai isu tunggakan gaji beliau bersama Melaka United.
Sumber Gambar: KL Hawks

Disebabkan isu tunggakan gaji, pasukan PDRM telah dikenakan hukuman berupa potongan tiga mata setelah mereka gagal untuk melunaskan tunggakan gaji pemain mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji di sini:

Isu Tunggakan Gaji Terus Menghantui Terengganu FC

Tunggakan Gaji: Patrick Cruz Ugut Heret Pahang FA Ke FIFA

KAFA Lunaskan Tunggakan Gaji Sebanyak RM3 Juta, Berharap Tidak Dikenakan Potongan Mata