Pemain Kuala Lumpur City dikhabarkan telah menerima gaji bagi bulan Januari sekaligus pasukan itu kini berdepan dengan tunggakan gaji melibatkan bulan Febnruari.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadirul Shuhaimi dimana presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Samad telah mengesahkan penyelesaian gaji pemain bagi bulan Januari.
Presiden KLFA, YB Khalid Samad sahkan KL City berdepan tunggakan gaji semasa selama sebulan melibatkan bulan Februari manakala gaji tertunggak Januari sudah selesai dibayar sepenuhnya. @ASTROARENA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) March 21, 2022
Juara Piala Malaysia musim 2021 ini menghadapi isu tunggakan gaji kerana terdapat pergolakan dalam pengurusan pasukan dimana ada “kem” baharu yang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan kelab.,
Lebih mengeruhkan keadaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Stanley Bernard dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan dalam masa terdekat. Selain itu, YB Khalid Samad juga bakal mengambil langkah sama.
“Ini berikutan tekanan yang dihadapi Khalid dan Stanley Bernard untuk melepaskan genggaman mereka ke atas kelab ini dan memberi laluan untuk puak baru menerajui KLFA dan mengambil alih pengurusan KL City.
“Sekiranya Khalid meletak jawatan, ini akan dituruti oleh Stanley manakala kedudukan jurulatih Bojan Hodak, yang dilantik oleh Stanley, juga tergugat. Ramai penyokong tidak sedar yang Stanley salama in telah melindungi KL City dari ancaman politik sejak awal tahun lalu.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) March 13, 2022
“Satu personaliti politik telah mengundur diri selepas gagal mengusir Stanley dengan menggunakan seorang ahli perniagaan sebagai proksi. Malangnya, Stanley terpaksa akur kepada puak terbaru ini yang lebih berpengaruh sehinggakan penaja-penaja baru pun ketakutan untuk melepaskan duit yang menyebabkan kantung kelab kosong dan gaji pasukan tertunggak dua bulan.
“Bagi menyelesaikan kemelut ini, Khalid dan Stanley sedia berundur demi kebaikan dan kelangsungan pasukan dan KL City. Hanya penyokong yang memahami apa yang diharungi Stanley dan Khalid selama 15 bulan yang lepas ini dapat menghargai usaha mereka, termasuk membawa pulang Piala Malaysia ke Kuala Lumpur selepas 32 tahun,” dipetik dari Matchday Program yang dikeluarkan sebelum perlawanan Piala FA menentang Langkawi City FC.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
TMJ: Selangor Sekarang Ada Ramai Pakar, Mereka Tak Perlukan Bantuan
11 Pemain JDT Tersenarai Dalam 25 Pemain Ke FAS Tri-Nations Series 2022 Di Singapura