Pemain kacukan England-Thailand, Ben Davis menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab EFL Championship, Fulham.
Davis merupakan salah satu pemain kacukan Thailand yang beraksi di Eropah ketika ini di samping Macel Sieghart dan Thanawat Suengchitthawon. Beliau pernah berlatih bersama skuad B-22 tahun Singapura namun memutuskan untuk mewakili Thailand di peringkat antarabangsa.
Pemain berusia 19 tahun itu beraksi pada kejohanan pertama beliau bersama Thailand pada temasya AFC B-23 Tahun Januari lalu. Davis membantu skuad kendalian Akira Nishino mara ke peringkat suku akhir dimana mereka tewas kepada naib juara kejohanan, Arab Saudi.
Musim ini, Davis beraksi bersama skuad pembangunan Fulham dalam saingan reserve league. Kontrak sedia ada beliau akan berakhir pada Jun tahun ini dan setelah mengadakan perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan kerjasama untuk dua tahun lagi.
Untuk rekod, Ben Davis adalah salah satu dari lima pemain yang menerima biasiswa daripada Fulham, yang mana dalam tempoh masa dua tahun, pemain yang mendapat biasiswa akan menerima kontrak profesional bersama kelab. Bergantung kepada prestasi yang ditampilkan semasa beraksi bersama skuad B-18 tahun dan B-23 tahun.
Baca artikel lain mengenai pemain muda Thailand di sini: