Kelab Vietnam yang beraksi dalam pusingan kelayakan play-off AFC Champions League 2020, Ho Chi Minh City FC dilaporkan oleh media sukan tempatan kini diambang untuk membawa pulang Lee Nguyen beraksi dalam saingan VLeague musim 2020.
Menurut laporan Saostar.vn, HCMC FC telah bersetuju untuk membayar RM4.2 juta bagi menggunakan khidmat Lee Nguyen dan kini hanya menunggu lampu hijau dari pihak Lee Nguyen sebelum semua dokumen dilengkapkan.
“Kami berharap Lee Nguyen akan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan kelabnya secepat mungkin. Kelab HCMC FC memamng memerlukan pemain tengah yang high-class seperti Lee Nguyen untuk memenuhi cita-cita pasukan dalam musim 2020 ini.”, kata seorang jurucakap pasukan kepada Saostar.
Jumlah itu turut dikatakan hadir dengan kontrak selama 2 tahun yang akan muncul sebagai nilai kontrak paling besar dalam sejarah dan semua itu perlu diselesaikan hari ini kerana pendaftaran pemain akan tamat pada 22 Febuari 2020.
Lee Nguyen yang kini berada dibawah pengurusan Inter Miami, kelab miliki David Beckham, HCMC FC sebelum ini dikatakan bersetuju untuk hanya membayar USD800,000 atau RM3.35 juta, namun selepas perbincangan lanjut persetujuan kedua-dua pihak dicapai pada angka USD1 juta atau RM4.2 juta.
HCMC FC dijangka akan membuat pengumuman rasmi hari ini atau esok berkenaan perkara ini sekiranya segala urusan berjalan lancar dan Lee Nguyen bersetuju untuk kembali beraksi dalam saingan VLeague musim 2020.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Gaji Lee Nguyen Yang Mencecah RM178,000 Sebulan Buatkan Kelab Liga Vietnam ‘Turn-Off’
AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur