Legenda bola sepak dunia, Pele dilaporkan baharu sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo pada usia 82 tahun.
Baca Juga:
- TERKINI: Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun
- Mino Raiola Disahkan Meninggal Dunia
- Bekas Presiden Olympique Marseille Meninggal Dunia Kerana Dijangkiti COVID-19
Perkembangan terkini mengenai pemergian pemenang tiga Piala Dunia itu selepas bergelut dengan penyakit kanser telah disahkan anak perempuannya dan dilaporkan oleh media barat.
Pemilik nama penuh Edson Arantes do Nascimento itu disahkan menghidap kanser usus pada 2021 dan Pele dikejarkan ke hospital ekoran gagal bertindak balas terhadap rawatan kemoterapi.
Dilahirkan dalam keluarga miskin di Sao Paulo, Brazil pada 23 Oktober 1940, Pele bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman buat skuad kebangsaan Brazil bersama Neymar apabila menjaringkan 77 gol dalam 92 penampilan.
Malah, mendiang juga memegang rekod sebagai satu-satunya pemain dalam sejarah bola sepak berjaya menjulang trofi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1958, 1952 dan 1970.
Malah, pada usia 17 tahun Pele berupaya menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir edisi 1958 dan turut menyumbang satu gol ketika final 1970.
Pencapaian tersebut juga telah menjadikan mendiang sebagai salah seorang daripada lima pemain yang berjaya menjaringkan gol pada dua aksi final.
Satu pencapaian yang pastinya amat sukar untuk dilakukan oleh mana-mana pemain dalam sejarah bola sepak dunia.
Sepanjang kariernya yang berakhir pada 1977 bersama New York Cosmos, Pele telah menjaringkan 1,281 gol dalam 1,363 penampilan. Satu statistik yang sudah cukup untuk membuktikan kehebatan beliau.
Selain New York Cosmos, mendiang hanya beraksi untuk Santos di peringkat kelab.