Kejutan berlaku dari saingan Liga Super 2023 apabila salah satu pasukan iaitu PDRM FC mengambil keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih iaitu Azzmi Aziz.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dimana selain Azzmi, seorang lagi tonggak berpengaruh dalam pasukan turut meninggalkan skuad The Cops.

Azzmi Aziz
Sumber Gambar: Twitter

Keputusan untuk merehatkan Azzmi Aziz ini dianggap mengejutkan dimana beliau membimbing PDRM menjadi salah satu pasukan yang menjadi giant killer dalam saingan Liga Super musim ini.

PDRM berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan-pasukan besar seperti Kedah Darul Aman, Selangor dan juga Sabah yang mempunyai barisan jauh lebih berkualiti dari mereka.

Ketika ini, PDRM menghuni tangga kelapan selepas menghadapi 14 perlawanan dan prestasi ini dianggap cemerlang oleh peminat bola sepak tanah air.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai sebab utama Azzmi direhatkan dari jawatan ketua jurulatih.

Pengganti beliau juga masih menjadi misteri sama ada pengendali tempatan atau dari luar negara yang bakal mengendalikan PDRM.