Akibat dari kekecohan isu pengagihan jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Kuala Terengganu, telah membawa kepada satu isu lain yang lebih berat sebenarnya.

Mengikut kemaskini yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), mereka menggunakan kaedah agihan kepada setiap daerah melalui ahli gabungan mereka untuk capaian lebih adil kepada penyokong bola sepak Terengganu.

Namun, ada yang berjaya membongkar isu dimana wujudnya persatuan bola sepak daerah yang telah dibatalkan pendaftaran mereka oleh pejabat pesuruhjaya sukan – Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman.

Presiden: Datuk Wan Ahmad Nizam
Naib presiden: Tuan Kecil
Setiausaha: Che Wan Azlizan

Pihak kami telah mengesahkan status perkara ini dengan menghubungi pejabat pesuruhjaya sukan untuk maklumat yang lebih sahih.

Ternyata status persatuan bola sepak daerah Kemaman telah dibatalkan dan dengan itu ia bukan salah sebuah ahli gabungan dibawah PBSNT.

Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman Telah Dibatalkan

Surat pemberitahuan mengenai pembatalan pendaftaran badan sukan dibawah akta pembangunan sukan 1997, telah dihantar oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang ditandatangani oleh Penolong Pesuruhjaya Sukan Kanan, Zailani bin Siran pada 31 Julai 2018 yang lalu.

Didalam surat ini juga dinyatakan dengan jelas bahawa mana-mana badan sukan yang telah terbatal pendaftarannya adalah tertakluk kepada Seksyen 25, Akta Pembangunan Sukan 1997.

Butiran mengenai perkara yang terkandung dalam Seksyen 25 itu seperti dibawah.

44657156_2160233004016369_172880680001208320_n

Mengikut AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997, Seksyen 25 menyebut;

(1) Apabila pendaftaran mana-mana badan sukan dibatalkan atau digantung di bawah Akta ini, maka peruntukan yang berikut adalah terpakai:

(a) badan sukan itu tidak boleh menganjurkan,menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) badan sukan itu tidak boleh menerima atau terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan, Majlis Sukan Negara atau mana-mana badan berkanun;

(c) badan sukan itu tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan atau organisasi yang bertindak sebagai atau berupa bertindak sebagai badan pengelola mana-mana sukan di Malaysia atau mewakili atau berupa mewakili peserta mana-mana sukan di Malaysia;

(d) badan sukan itu tidak boleh menggunakan ungkapan ”Malaysia” bagi mana-mana aktivitinya, atau apa-apa bentuk huruf atau tanda yang menunjukkan bahawa aktivitinya adalah dijalankan untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia; dan

(e) badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menyertai atau menghantar peserta ke mana-mana pertandingan atau acara sukan dengan menunjukkan bahawa usahanya itu adalah untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, di dalam atau di luar Malaysia.

Berdasarkan Akta Pembangunan Sukan 1997, Seksyen 25 diatas Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman jelas melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan Negara.

MYKB Juga Gagal Dihantar Seperti Diarahkan

Selain itu menurut maklumat yang diterima, laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) juga tidak dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan Negara dimana ini adalah perkara yang wajib dibuat.

Menurut Surat Pekeliling Pesuruhjaya Sukan Bilangan 1 2016, 5 perkara telah dinyatakan untuk diambil perhatian seperti dibawah;

1) Tujuan 

Screen Shot 2018-10-26 at 12.52.41 AM

2) Maklumat Yang Kena Beri (MYKB)

Screen Shot 2018-10-26 at 12.53.12 AM Screen Shot 2018-10-26 at 12.53.23 AM

3) Pelaksanaan

Screen Shot 2018-10-26 at 12.53.33 AM

4) Tindakan Kegagalan Mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB)

Screen Shot 2018-10-26 at 12.53.41 AM

5) Pemakaian dan Tarikh Berkuatkuasa

Screen Shot 2018-10-26 at 12.54.01 AM

Tiada Pendaftaran Baru Dibenarkan Oleh Pesuruhjaya Sukan

Dari maklumat yang disampaikan juga, pihak Pesuruhjaya Sukan tidak akan membenarkan sebarang pendaftaran baru disebabkan tiada sebarang pemantauan dan KPI diberikan kepada persatuan bola sepak daerah dari PBSNT.

Isu kelemahan pentadbiran pucuk pimpinan PBSNT juga merupakan antara faktor yang menyebabkan perkara ini tidak dibenarkan selain wujud beberapa lagi isu seperti kroni serta kerajaan lama.

Diatas adalah gambar yang menunjukkan laman sosial Facebook persatuan-persatuan bola sepak daerah di Terengganu yang sepi tanpa sebarang kemaskini sejak sekian lama.

Apa fungsi FA daerah sebenarnya?

Ketelusan Agihan Tiket Menjadi Tanda Tanya

Berdasarkan perkara diatas, timbul satu tanda tanya mengenai ketelusan pengagihan tiket Final Piala Malaysia di Terengganu melalui persatuan bola sepak daerah, sedangkan ada persatuan yang telah dibatalkan pendaftaran mereka.

Adakah penyokong bola sepak di daerah Kemaman yang tahu mengenai perkara ini atau mereka telah ‘ditipu’ mengenai kewujudan Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman?

Bagaimana jika PBSNT memberikan sejumlah tiket kepada persatuan yang telah dibatalkan pendaftaran mereka untuk dijual kepada penyokong dikawasan mereka? PBSNT tidak sedar mengenai perkara ini atau sekadar mendiamkan diri?

Mereka yang berada didalam persatuan samada PBNST dan juga Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman perlu menjelaskan perkara sebenar kepada semua penyokong bola sepak Terengganu dengan seberapa segera.