Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menyifatkan aksi menentang Malaysi dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 semalam sebagai satu perlawanan yang memenatkan.
Vietnam berjaya menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-1 dimana ketua pasukan, Quế Ngọc Hải menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-83.
KEPUTUSAN MASA PENUH
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 | 11 Jun 2021 (Waktu UAE)
MALAYSIA 🇲🇾 1-2 🇻🇳 VIETNAM
⚽️ Guilherme de Paula 72' (P)
⚽️ Nguyen Tien Linh 27' Que Ngoc Hai 82' (P)#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/aDRNeRHh0G— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2021
“Satu perlawanan yang memenatkan. Jika kemenangan ini mampu membawa kita ke kelayakan pusingan ketiga, maka saya akan berbangga. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain yang telah berjuang sehingga minit terakhir.
Juara Piala AFF Suzuki 2018 itu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Nguyễn Tiến Linh pada separuh masa pertama sebelum pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti.
Ngọc Hải kemudiannya menjaringkan gol kemenangan Vietnam apabila Brendan Gan menjatuhkan pemain lawan sekaligus mendapatkan tiga mata bagi Golden Star Warriors.
Kedudukan terkini kumpulan G.
Malaysia akan menghadapi Thailand dalam perlawanan terakhir pada 16 Jun pukul 12.45 tengah malam. #WCQ2022 #HarimauMalaya pic.twitter.com/odhoyD6MZL
— VOCKET FC (@vocketfc) June 11, 2021
Vietnam kekal menjadi pendahulu dengan kutipan 17 mata diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan 15 mata.
Thailand dan Malaysia berkongsi 9 mata di tangga ketiga dan keempat manakala Indonesia kekal berada di tangga terakhir dengan 1 mata.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:
Jaringan Penalti Que Ngoc Hai Padam Peluang Malaysia Raih Mata
Park Hang-seo Tidak Mahu Beri Tekanan, Yakin Pemain Mampu Beraksi Cemerlang Menentang Malaysia