Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo pasrah dan terpaksa menerima kenyataan kehilangan khidmat tonggak utama pertahanan, Do Duy Manh selepas pemain itu mengalami kecederaan serius ketika perlawanan Super Cup 2020.

Do Duy Manh, pemain yang memakai jersi no.2 dalam skuad kebangsaan Vietnam merupakan seorang pemain regular dan telah tampil dalam kesemua perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 sebagai kesebelasan utama pasukan itu.

Beliau yang beraksi untuk pasukan Hanoi FC mengalami kecederaan lutut yang serius itu ketika turun dalam perlawanan Super Cup 2020 bertemu Ho Chi Minh City FC sehingga terpaksa dikeluarkan seawal minit ke 6 perlawanan selepas bertembung dengan pemain lawan.

Ini merupakan berita yang positif buat kem pasukan Malaysia dimana kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu pada 31 Mac 2020 di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Ketika ini pasukan Vietnam mendahului kedudukan dalam kumpulan G pusingan kelayakan 2 Piala Dunia 2022 dengan 11 mata diekori rapat oleh Malaysia ditempat kedua dengan 9 mata.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Tetap Dijalankan

Pemain Futsal Wanita Iran Meninggal Dunia Akibat Wabak Coronavirus

AFC Adakan Mesyuarat Tergempar Bincang Isu Wabak Coronavirus