Perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara Vietnam menentang Indonesia malam ini dijangka berlangsung sengit dan penuh kontroversi untuk merebut tiket ke final.
Baca Juga:
- Sekadar Seri Dengan Indonesia, Park Hang-seo Anggap Vietnam Pasukan Lebih Kuat
- Takut Main Di Stadium Gelora Bung Karno, Vietnam Minta Bantuan AFC Dan FIFA
- Analisis: Vietnam Bergantung Chain Of 5 & Memanfaatkan Peluang
Laporan daripada media Indonesia menyatakan hubungan antara pengendali pasukan Vietnam iaitu Park Hang Seo dan Indonesia, Shin Tae Yong tidak begitu baik ketika ini.
Malah, kedua-duanya enggan berjabat tangan selepas tamat aksi separuh akhir 1 di Stadium Gelora Bung Karno dimana perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Shin Tae Yong juga mula bermain psikologi dan menyindir skuad Vietnam yang dilihat sama kuat dengan pasukannya namun Park Hang Seo sempat cabar pasukan lawan agar buktikan kekuatan di atas padang ketika sidang media semalam.
“Saya rasa dia (Shin Tae Yong) kena buktikan di atas padang siapa yang lebih kuat menerusi keputusan perlawanan dan bertanggungjawab ke atasnya jika kalah. Saya bukan jenis yang suka menilai pasukan lain.
“Betul Indonesia sudah banyak meningkat dan semakin kuat tetapi saya harap mereka buktikan di atas padang dalam perlawanan esok (Malam ini),” tegas Park Hang Seo.
Mode Park Hang Seo pelatih Vietnam di AFF setiap sebelum laga dimulai.
PHS vs Malaysia = Taktik Kim Pan Gon tak jelas!
PHS vs Singapore = Rumput sintetis jadi masalah!
PHS vs Indonesia = Kamu ngapain disini. Kamu Bukan Media ?Psywar laga jadi hal "WAJIB" bagi PHS! pic.twitter.com/bJO660ueEB
— Tommy Desky (@Tommy_desky) January 5, 2023
Perlawanan malam ini juga mungkin merupakan aksi terakhir Vietnam dibawah kendalian Park Hang Seo kerana jurulatih dari Korea Selatan itu telah tamat kontrak dan membuat keputusan tidak menyambungnya.
“Seperti yang anda tahu, kontrak saya dengan Vietnam akan berakhir selepas tamat kejohanan ini. Kalau kami kalah, ini akan jadi perlawanan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Vietnam.
“Jika menang, saya ada dua lagi perlawanan akhir. Oleh itu, perlawanan esok (hari ini) cukup penting. Kami akan lakukan yang terbaik.
“Saya juga bangga dengan seorang lagi jurulatih Korea, Kim Pan Gon yang berjaya membantu Malaysia menewaskan Thailand 1-0,” ujarnya.
Pemenang antara Vietnam dan Indonesia akan bertemu sama ada Malaysia atau Thailand di perlawanan akhir yang berlangsung pada 13 Januari dan 16 Januari ini secara timbal balik.