Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menegaskan kemenangan ke atas Malaysia tidak boleh dijadikan kayu ukur mengenai kehenatan sebenar pasukan bimbingannya.
Malaysia sekali lagi gagal untuk mencatat kemenangan ke atas Vietnam dimana pasukan negara tewas dengan keputusan 3-0 pada aksi ketiga peringkat kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki 2020 semalam.
Menurut Hang-seo, beliau tidak boleh menilai kekuatan sebenar pasukannya meskipun meraih kemenangan ke atas Malaysia sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇻🇳 Vietnam 3-0 Malaysia 🇲🇾
3⃣⚽️⚽️⚽️
Vietnam aced the game with an excellent performance and three goals to show for it 👌#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #VIEvMAS pic.twitter.com/A8h96BznG4
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 12, 2021
“Menentang Malaysia selalu memberi kesukaran kepada kami. Oleh itu, saya gembira kami berjaya meraih kemenangan. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana mereka telah memberikan yang terbaik pada perlawanan ini (semalam).
“Namun, sukar untuk saya menilai kekuatan sebenar pasukan kami. Kami tidak sepatutnya melakukan perkara ini. Pemain telah menampilkan prestasi terbaik dan saya gembira mengenainya. Mungkin kami perlu membiarkan orang lain menilai kekuatan Vietnam,” kata Park Hang-seo.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bishan, jaringan pembukaan hadir setelah Nguyen Quang Hai menyempurnakan peluang di dalam kawasan penalti dengan meledakkan rembatan susulan hantaran ‘cutback’ Nguyen Tuan Anh.
Vietnam tidak menunggu lama untuk melebarkan kedudukan apabila Nguyen Cong Phoung melakukan larian yang memperdayakan pertahanan dalam kawasan penalti sekaligus rembatan rendahnya menewaskan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-36.
Pada minit akhir permainan, Nguyen Hoang Duc mengambil kesempatan yang dimiliki pada minit ke-89 apabila gerakan solonya yang disudahkan dengan baik untuk memastikan Vietnam mencatatkan kemenangan 3-0.
Kemenangan ke atas Malaysia meletakkan skuad kendalian Park Hang-seo di tangga teratas dengan enam mata, berkongsi mata bersama Indonesia dan Malaysia tetapi juara edisi 2018 itu memiliki kelebihan jaringan.
Pada aksi seterusnya, Vietnam akan turun menentang Indonesia pada 15 Disember manakala pasukan negara akan berehat seketika sebelum menutup saingan peringkat kumpulan dengan turun berdepan Indonesia pada 19 Disember.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:
Piala AFF 2020: Vietnam Terus Jadi Masalah Besar Skuad Negara
Park Hang-seo: “Saya Hanya Fokus Pada Keputusan. Tak Peduli Macam Mana Nak Menang.”