Kelab Liga Korea, FC Seoul akan melayani kunjungan pemenang Piala FA 2019, Kedah dalam perlawanan pusingan play-off saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 di Stadium Piala Dunia Seoul malam ini.
Pasukan yang menduduki tangga ketiga dalam saingan K-League musim 2019 itu dilihat bakal menurunkan pemain terbaik bagi memastikan mereka mara ke peringkat kumpulan dan pemain yang pernah beraksi di Eropah, Park Chu-young akan mengetuai jentera serangan pasukan kendalian Choi Yong-soo itu.
Park Chu-young merupakan antara pemain terbaik Korea Selatan dimana beliau pernah beraksi di Perancis, England dan juga Sepanyol. Chu-young memulakan karier di Eropah apabila beliau beraksi bersama AS Monaco selama tiga musim. Beliau kemudiannya menyertai Arsenal pada musim 2011-2012.
Namun, perjalanan pemain berusia 34 tahun itu bersama Arsenal tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila beliau jarang beraksi dan kemudiannya dipinjamkan ke Celta Vigo di saingan La Liga serta Watford.
Pada musim 2014, Chu-young memutuskan untuk kembali ke Asia dimana beliau menyertai kelab Arab Saudi, Al-Shabab sebelum kembali ke pangkuan FC Seoul pada 2015.
Dalam saingan K-League musim lalu, Chu-young menyumbang 7 assist sekaligus membantu kelabnya menamatkan saingan liga di tangga ketiga dan layak untuk beraksi dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara Asia 2020.
Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin turut menasihati pemainnya agar memberikan perhatian khusus kepada Chu-young dimana beliau menganggap pemain itu merupakan pemain kunci bagi pasukan lawan.
Baca artikel lain mengenai pertembungan Kedah menentang FC Seoul di sini:
Kelayakan ACL 2020: Kedah Hadapi FC Seoul Tanpa Khidmat Kpah Sherman?
AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia